berita

Eina Azman Pelik Job Berkurang Lepas Kahwin Datuk Paduka

October 1st, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-01 at 4.16.09 PM

Setiap kali menonton drama ‘Selamat Pengantin Madu‘ yang bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis di TV3, kami mesti rasa menyampah dengan Eina Azman. Eh, silap. Datin Paduka Eina Azman. Huhu.

Mana taknya, watak Masmira sebagai isteri kedua memang minta dimaki je. Mengada, annoying, control freak. Semua adalah. Pendek kata, memang watak tersebut menjadi!

Bagaimanapun, kami terkejut juga apabila akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa Eina kini dipulau oleh pihak produksi dek kerana title ‘Datin Paduka’. Pulak dah!

Screen Shot 2014-10-01 at 4.12.34 PM

Foto bulan madu Eina dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

“Saya pelik dengan situasi ini kerana saya masih lagi orang yang sama. Saya masih lagi seperti dulu dan tiada apa-apa yang berubah.”

Eina juga mengatakan bahawa dia agak terkilan dengan situasi ini yang sekaligus membuatkan rezekinya dalam bidang lakonan seakan-akan tertutup.

Kami rasa Eina sebenarnya bukanlah dipulaukan, tetapi mungkin pihak produksi takut untuk offer job kepadanya dek kerana gelarannya kini. Takut Eina demand lah tu!

Screen Shot 2014-10-01 at 4.15.08 PM

Bagai pinang dibelah dua kan?

Dalam laporan yang sama, Eina juga memberitahu bahawa tidak kisah dipanggil dengan gelaran terbabit atau sekadar namanya saja.

Ha.. mungkin ada antara semua yang merasakan bahawa dia tak perlu berlakon pun dah cukup kaya kan? Hehe. Takpelah. Nak rasa hasil titik peluh sendiri kot!

Kredit foto: Instagram Eina Azman

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×