Laman Utama » Berita Terkini

Jelas terpancar gembira di wajah kedua-dua bakal pengantin, Nabil Raja Lawak, 28 & Nazira Ayub, 23 ketika menceritakan kepada OHBULAN! mengenai persiapan perkahwinan mereka di kedai Kad Lestari, Seksyen 2, Shah Alam, tengah hari tadi. Mengikut perancangan, Nabil & Zira akan diijabkabulkan pada 30 September 2011 di Masjid Wilayah, manakala majlis resepsi akan dijalankan pada 2 Oktober 2011 bertempat di bandar I-City, Shah Alam.
Nabil & Zira mempunyai impian tersendiri. Mereka menginginkan perkahwinan berkonsepkan kartun wonderland yang menjuruskan kepada keseronokan & ceria bersama para jemputan yang dianggarkan berjumlah 1500 orang. Pada masa yang sama, Nabil sempat berkongsikan perasaannya yang akan bergelar seorang suami dalam masa 6 minggu lagi kepada OHBULAN!
“Saya tak sabar nak tunggu hari perkahwinan. Rasanya, sudah sampai masa untuk saya dirikan rumah tangga, lagi pun saya sudah berumur 28 tahun. Tambahan lagi, ada pihak seperti Festival Pengantin yang ingin merealisasikan impian saya. Memang bersyukur sangat,” kata Nabil dalam nada gembira.
Nabil turut menceritakan saat perkenalannya bersama gadis cantik ini yang pernah bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan swasta.
“Pertama kali saya berjumpa dia sekitar 6 tahun lepas melalui kawan baik sendiri. Pendek kata, kawan baik saya tu merupakan abang ipar kepada Zira. Masa tu, dia baru habis SPM, manakala saya masih bekerja sebagai despatch. Ketika itu, dalam hati saya terdetik, “eh cantik gak budak ni”. Masa tu, jumpa gitu-gitu je.
“Kemudian, kami kebetulan bertemu semula pada awal 2011 ketika menghadiri kenduri arwah. Kami bertegur sapa & borak-borak. Mungkin sudah jodoh, tau-tau nak kahwin dah,” jelas Nabil ketawa menceritakan saat perkenalannya bersama gadis impian.

Perkahwinan Nabil & Zira juga dirancang dalam suasana penuh keserdahanaan dengan kos anggaran RM150 000.
“Saya suka dengan konsep Wonderland kerana suka tengok kartun. Pada saya, biarlah perkahwinan ini dibuat untuk orang yang datang rasa happy & ceria. Saya suka tengok suasana happy, tengok orang tersenyum & enjoy,” kata Nabil mengenai perkahwinan impiannya.
“Jujur kata, saya tak ke arah perkahwinan mewah. Biarlah perkahwinan saya diadakan dalam keadaan serdahana, asalkan orang ramai dapat mendoakan keberkatan perkahwinan kami. Niat saya tak nak membazir, atau nak gah depan orang ramai dengan pakaian bernilai jutaan ringgit.
“Kalau boleh, biarlah para jemputan datang ke majlis saya kerana nak raikan perkahwinan kami. Bukannya nak tengok baju, nak tengok kasut. Perkahwinan kami dirancang mengikut kemampuan saya, andai kata ada yang terlebih, itu datangnya daripada pertolongan ramai pihak seperti Festival Pengantin. Saya percaya, perkahwinan yang berpanjangan datangnya daripada keberkatan doa orang ramai,” jelas Nabil dengan nada rendah diri.
Nabil turut menyatakan bahawa dia akan menjemput Irma Hasmie, bekas kekasih ke majlis perkahwinannya nanti.
“Saya memang akan menjemput dia. Lagi pun hubungannya bersama mak saya memang baik. Baru-baru ini pun, saya & dia berlakon untuk drama berjudul Kuih Goyang Syafiq. Apa yang terjadi antara saya & dia merupakan perkara lama. Kami memang sudah berbaik-baik. Jujur kata, hubungan kami dahulu banyak mengajar saya untuk lebih menghargai pasangan sendiri,” kata Nabil mengakhiri temubual bersama OHBULAN!





“Perkahwinan Nabil & Zira juga dirancang dalam suasana penuh keserdahanaan dengan kos anggaran RM150 000.” –> hhmmmmm…sederhana ke?
standardlah tu..
ada sponsor terima je lah,,rezeki nak kahwin tu :D
Dulu kata tak de apa-apa hubungan dengan ppuan tu, kawan je. takkan la kawan sampai leh putus cinta n nak kawin dah skarang. patutnya jgn la bdolak dalik dari dulu lg. ngaku je la…
memg betulah dia kawan aje.. lps putus ngan Irma diaorg bercinta.. juma kat kenduri arwah pulak tu, tragis jugak
bagus la camtu nabil. jumpa je terus nikah, tak payah tunggu lama2. bercinta lama2 belum tentu itu jodoh kita.
tahniah nabil….
150.000 sederhana??? haha.. ape2 jela nabil oii
ehh bkan dak mmpuan tu yg nabil kiss tu ke..? cntik gak mpuan tu.. berisi air je upa.. sedap tu.. hahahaha
sumpah tak cun!!! irma lagi cun la woi!
Jujur kata, saya tak ke arah perkahwinan mewah????tp anggaran 150k?aduhai….x mewah n sederhana la tu?
hehe…cuba baca dengan teliti semua ayat2 dia. dia membanding kan perkahwinan dia ngan bakal pengantin yg nak kawin september ni. si memey ngn norman. kan 12 juta. haha….sure la trase as artis, dia agak kecil gitu. 12 juta. ko ada? haha… kita orang2 biasa, tutup mulot dah la. siapa kita nak banding standard retis. tak gitu.?
xpe2
yg lepas biar yg lepas
asalkn dorg bahagia :)
Nabil turut menceritakan saat perkenalannya bersama gadis cantik ini yang pernah bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan swasta – ko ohbulan kalau buat ayat pun edit2 la sket, mana ade syarikat penerbangan kerajaan sayang oiii, semua swasta pun…. ade ke syarikat penerbangan kerajaan?
adoii.. sapa kata takdak. MAS tu gov punya la. pi check khazanah saham majoriti dalam MAS.
haha, ape ke bgg ko ni! hahah. ckp cam pndi, g la google dlu. hahaha
bengap punya anti fasha. tuh la sapa suruh anti ppuan cantik. otak ntah letak mana.
MAS syarikat penerbangan KERAJAAN la syg oi…xkn xtau..air asia n fly sume tu mmg swsta,,,=).hish…..neway…congratez nabil..=)
Gelak keluar air matai kejap. Adoi, nak tembak pun, make sure your facts are right!
hahaa…betul tu.. nk kondem org pn next time pls make sure you fact is right dude.. :) kelakar laa
haha..ko memang kelako le anti… fasha pun tahu pasal ni.. huah huah
ek eleh..MAS kita xpanggil syrkt penerbangan kjaan atau swasta okeh…..GLC okeh…..syarikat berkaitan kjaan….yang kutuk anti-fasha sandha pun plz get the fact right yerr….kah2
entah nya.. dulu yer la MAS gomen punya..
sekarang GLC.. sama macam pos malaysia jugak..
yang komen pun nak tunjuk pandai jer..
RM150,000 sederhana kata dia?giler kentang!!
yes Irma..u deserved a better man..
alahaiii nabill..
dulu time ko despatch die x pandang ko langsung…
skrg ko dh kaye die pndang plak kan..
tu pun ko x blh pk…
tp ape2 pn dh JODOH korg kn..
a’way tahniah la ye..
yalah kenalah kumpul duit dulu.. baguslah cara Nabil tu, bila dia ada duit baru konfident nak tackle awek cun,
Asyik nk cari kesalahan org je…balik2 korang nk ungkit jodoh dia dgn irma hasmie…mungkin jodoh isrma hasmie jauh lebih baik drpd si nabil nie nanti, so korang tuhan ke nk atur perjalanan hidup nabil or artis2 lain…seperti si artis A mesti kahwin dgn si artis B or si artis C wajib kahwin dgn si artis D…mcm tue???…pasal bajet 150k tue kan dia dh ckp seperti berikut : “Perkahwinan kami dirancang mengikut kemampuan saya, andai kata ada yang terlebih, itu datangnya daripada pertolongan ramai pihak seperti Festival Pengantin.”…maksudnya, nabil hanya mengeluarkan perbelanjaan mengikut kemampuannya, manakala bajet yg sampai mencecah 150k tue dtgnya drpd sponsor2 dia…kalau ada org nk taja perkahwinan korang atau saat paling penting dlm hidup korang sampai berjuta- juta pun, adakah korang akan tolak???tambah2 kalau korang tue artis???…LU PIKRLAH SENDIRI…Jgn nk hentam org je…
rileks2 jgn emo.
congratulation nabil….. buat yg terbaik…
yg baik utk baik…jahat utk yg jahat…sekian
ni la kot awek yg nabil kne tangkap dlu..huhu
yang kantoi cium ngn nabil tu bukan artis jugak ke?
dpt rs kejujuran dlm jwpn dia..cam dia akui dulu dia dh penah wat salah kat irma..so dh dpt awek baru ni..hargailah…mesti nyesal putus ngn irma..++g skrg irma dh dh tuka imej…pastu siap cite kawen ikut mmpu .klu nmpk mewah tu dtgnye dr sponsor….okla tu..smg bahagia….jgn wat hal pas kawen ye nabil..jgn jd cam norman…dh tgk bini sakit bertarung nyawa terberanak depan biji mata pon xreti lg nk hargai seorg isteri.
agreed 100%! part dia cakap ‘pengajaran untuk masa skrg supaya lebih menghargai pasangan sendiri’ tu kan?!
pd dieorang rm150k tu sederhana aje majlis tu…
pd kita ni buat ikut kemampuan aje la..
Betul lah tu.Bukan nak kata apa,baik bertemu baik,buruk bertemu buruk. (perangai okay bukan muka etc).
ni bukan awex yg kiss dgn dia dlm gmbr tu, ni kwn adik ipar dia..ape2x pun past is past, tak pyah lah kot nak ugkit cerita lama dia..150k ikut kemampuan dia, betullah tu..kan dia ckp ikt kemampuan dia and kalau lebih tu dtg dari sponsor2x lain..dah kawen nnt, harapnya takde org buka lagi dah kisah2x lama dia..
congrates nabil.. yang lepas biarkan..
sederhana la tue kot 150k..maklum la nabil kan public figure..
150k sederhana tuh?zzzz~!!
compom jem jalan mambau..uhuhuhuhuhuh…
semoga berbahagian hendaknyer
lgi cun dri irma…150 k tu kalo 2 pihak mmg murah kot…biasa ar artis….
Ni 2 thn jer ni… 3 thn tops … hahahaha :P
“Jujur kata, hubungan kami dahulu banyak mengajar saya untuk lebih menghargai pasangan sendiri,” – sedih la pulak bila baca tang ni…that’s life..u dont always get what u want..harap irma akan berjumpa that person yg menghargai diri dia suatu masa nanti..
150 tu kalo tuk dua2, aku rasa murah…tp kalo nabil sorg je dah 150, tu takdenye sederhana. aku tgk org buat wedding 100 je dah dasyat, ni 150. lagi melampau2 gamaknye…
wah~~moga kekal hingga hujung nyawa
Pompuan ni nk glemer jer! men tangkap muat jer ngan Nabil ni asalkan leh glemer…. dulu mase Nabil despatch lgsung x pndang! skang nk plak kt si Nabil tu… patut lar dia curang ngan Irma rupanya nk cari mat saleh celup! huahaaa
Nabil……….Yg nikah kau….jgn peduli apa org kata….semoga bekekalan……ingat dgn Tuhan Juga….
laaaa..ok laa tue..irma hasnie tu, kalo x clash dgn si nabil nie..ada dia nak pakai tudung?
kira ada hikmah laa yg berlaku antara depa berdua…lg sweet irma skang bertudung…i loikeee..ehehe
Pompuan tu kaki clubbing…selalu mabuk kt the beach
ok la tu kn, dh jodoh diorg, klu kita x suke pn ape blh kite buat yer x? hrp2 lps nabil kawen ni leh la die jd suami yg soleh, bimbing isteri elok2…sbb ape yg isteri buat, suami kne tanggung kt akhirat nnti. Aku x ckp kt org je, aku pn sdg cube jd isteri yg solehah, sebaik yg mungkin.. peace yer…=)
cantik lah bakal isteri nabil
mmm tembam ala2 si elia jejari runcing/tembam…..hmmm
Agaknye kalau si nabil ni org biasa,pompan ni nak dia tak erk?
kalau die org biase…ako rase sampai tue xlaku kot….ngee2~~
apa jd kat budak dlm gmbr kiss tuh, uqasha katanya..sia2 ler, gmbr tuh bkn takat kiss je, xde baju pun, kesiannya
‘Niat saya tak nak membazir, atau nak gah depan orang ramai dengan pakaian bernilai jutaan ringgit.
“Kalau boleh, biarlah para jemputan datang ke majlis saya kerana nak raikan perkahwinan kami. Bukannya nak tengok baju, nak tengok kasut.’
ayt nabil ni mmg x leh blah la…..cam perli memey n norman je………
betul.. ahaksss..
actully..
tak la, mybe dye just nak remind awal2 je. mane la taw nanti ada org kate wedding dye tak segrand artis lain, at least dye dah bagi statement awal kt situ..
sederhana 150k???? aku kawen 30k jek..means murah giler la kn??? hohohho…
150k sederhana? kepala…
aku rasa elok r irma xde jodoh dgn nabil ni..
adalah hikmahnya tu…
aku pon bkn bape berkenan dgn si nabil ni.
dh sdp2 terrrrrrpelok irma live, smpai satu malaysia tgk
pehtu ditiggalnya irma mcm tu jek. mne nk ditaruk muka irma tuh??
org mcm ni ke yg nk wut laki??? mmg r soal jodoh ditgn tuhan. tp lau nabil x wut hal n jge elok2 tatatertib hub dia dgn irma, aku ase xde org bengang dia clash dgn irma..
aku doakan irma dpt pasangan terbaekkkkkkkkk
minta d jauh kan dari orang2 macam ni. Amin.
selamat pengantin baru kepada nabil dan zira,mog bahagia smpy kew ank cucu ye..
ku rasa best lagi lah irma tu..cantik, cute lg tu…apa2 pun congratulation lah..sama kau…nabil
Tahniah Jang…….. Moga kekal abadi….
alaaa…dh nk kwen…. cdey2x… huhu