berita

Eksklusif : Ratu Sehari Inspirasi Hatta Dolmat Couture

May 2nd, 2012 | by M | 4 comments
Trendsetter

Eksklusif : Ratu Sehari Inspirasi Hatta Dolmat Couture

Pertembungan saya dengan Hatta Dolmat semasa pertunangan Irma Hasmie tempoh hari bukanlah pertemuan kali pertama. Malah, kami berdua sudah banyak kali duduk bersama ketika majlis anugerah mahu pun semasa perkahwinan selebriti terkenal tanah air. Sedikit sebanyak, setiap pertemuan itu membuatkan saya kagum dengan ketekunan serta usaha keras insan yang bernama Hatta Dolmat dalam setiap rekaan gaun miliknya.

Nama beliau memang gah dalam persada fesyen, namun peribadinya yang peramah membuat saya senang untuk bekerjasama bagi mewujudkan edisi eksklusif segmen ‘Trendsetter‘ di laman ini. Apabila saya menyuarakan hasrat untuk memaparkan rekaan Hatta Dolmat Couture (HDC) dalam edisi eksklusif ini, beliau tanpa berdolak dalik amat menyokong saya. Justeru, apa yang anda lihat dan amati selepas ini adalah usaha ikhlas antara OHBULAN dan HDC.

Pelancaran siri eksklusif ini juga membawa maksud bahawa saya & krew OHBULAN ingin mewujudkan perbezaan & keunikan kandungan bacaan kepada setiap pembaca. Lambakan web hiburan membawa maksud setiap berita atau kandungan yang ingin dipaparkan mempunyai potensi bahawa ia akan dipaparkan berulang-ulang kali. Namun, OHBULAN ingin kekal sebagai web hiburan yang sentiasa membawakan laporan serta informasi yang terkini dan eksklusif tanpa memudaratkan mana-mana pihak.

Siri eksklusif ini sengaja diterbitkan dalam bentuk helaian majalah bagi mewujudkan interaktiviti kepada anda. OHBULAN juga merancang untuk menerbitkan kandungan dalam pelbagai format penuh interaktiviti pada masa akan datang. Apa formatnya? Tunggu…

Apa yang pasti, krew OHBULAN sentiasa bekerja keras bagi memenuhi kehendak semua kerana kami amat sayangkan sokongan anda semua!

Yang benar,

Reze
Pengarang Urusan – OHBULAN
M Driven Sdn Bhd

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

4 Comments

  1. PondanSepi says:

    BAJU2 PENGANTIN HATTA DOLMAT LG CANTIK DR DESIGN BAJU PENGANTIN RR! TGOK LAH BAJU KAHWIN PASA ARITU! HAWOKK…

    (0)
  2. forever21 says:

    I memang minat baju pengantin rekaan Hatta Dolmat. Kagum dengan ide yang terkini dan sentiasa manis dipandang. Tahniah HD. Teruskan usaha dengan membawa jenama mu ke pesada dunia.

    (0)