berita

[EKSKLUSIF] Selepas Dafi & Najwa Mahaiddin, Seorang Lagi Anak Menteri Bergelar Penyanyi

May 28th, 2015 | by Wan
Kini Trending

Screen Shot 2015-05-28 at 12.17.18 AM

Zaman sekarang ini nak jadi penyanyi bukanlah satu perkara yang sukar sehinggakan kadang-kadang kami sendiri pun tak sedar dan tak kenal akan kewujudan sesetengah penyanyi.

Iyalah menyanyi di Youtube pun silap hari bulan boleh jadi penyanyi terkenal kan. Berbeza pula dengan seorang penyanyi baru yang kami nak kongsikan hari ini.

Bukan calang-calang orang sebab difahamkan bapanya merupakan seorang yang berpengaruh dan menjawat jawatan menteri di Malaysia. Kira geng-geng Dafi dan Najwa Mahaiddin juga la ni. Tapi siapa?

Nadira Adnan

Screen Shot 2015-05-28 at 12.16.17 AM

Nadira Adnan, anak kepada Menteri Wilayah & Persekutuan iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ini dikatakan semakin meningkat naik di Indonesia malah sudah mempunyai beberapa single sendiri.

Terbaru lagu duetnya Cinta & Pergi bersama anak salah seorang penyanyi terkenal Indonesia Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali mendapat sambutan hangat di Indonesia.

Screen Shot 2015-05-28 at 12.16.32 AM

Not bad lah lagu Cinta & Pergi ini ialah dicipta dan diterbitkan sendiri oleh Ahmad Dhani.

Tampil Dengan Album Sendiri

Screen Shot 2015-05-28 at 12.32.49 AM

Menurut laporan portal hiburan di Indonesia, Nadira bakal tampil dengan album sendiri yang memuatkan 10 lagu. Antara artis duetnya di dalam album tersebut ialah Glen Fredly.

Difahamkan Nadira kini selesa menetap dan ‘berguru’ di Indonesia. Iyalah, dah ada nama dekat sana kan. Apa-apa pun moga berjaya!

Berikut lagu duet Nadira dan Al-Ghazali. Suara Al Ghazali ni serupa macam bapanya.

SKIP THIS AD ×