Eksklusif : Video Klip Single Terbaru Wangi Julianda, 'Lara' Dilancarkan - OHBULAN!

berita

Eksklusif : Video Klip Single Terbaru Wangi Julianda, ‘Lara’ Dilancarkan

May 8th, 2012 | by M | 3 comments
Video Popular

Sebuah video klip untuk single terbaru Wangi Julianda berjudul ‘Lara’ dilancarkan serentak ke seluruh Malaysia melalui laman OHBULAN! serta radio Era FM tepat jam 8 malam tadi. ‘Lara’ terbitan Alibi Music ini mendapat sentuhan seni daripada komposer serta penulis lirik, Syed Helmy.

Berkata kepada OHBULAN!, “Saya diberikan lagu tersebut sebelum menjalani rakaman bagi menghayati liriknya. Istimewanya, lagu ini diolah supaya sesuai dengan genre dan suara saya. Jadi, lagu ini dirumus dengan ketelitian yang lebih mendalam berbanding lagu-lagu bersama kumpulan The Fabulous Cats dulu.

Beberapa preview video klip berdurasi 3:59 minit ini bukan sahaja memaparkan vokal serta gerak tari Wangi yang mantap, malah terdapat juga beberapa footage daripada filem Mantera yang disesuaikan dengan penceritaan lagu ini.

Enjoy dan kongsikan video ini ya!

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

3 Comments

  1. forever21 says:

    a very nice song, terlalu berbeza dari muzik yang biasa kita dengar. very original. suara wangi tak lah merdu sgt tapi sgt sesuai untuk lagu ini. tahniah untuk pencipta lagu ini.

    (0)
  2. budakserius says:

    Sedap jugaaak..

    (0)