berita

Elfira Loy Sanggup Gadai Designer Handbag Demi #iPhone6

September 26th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-09-25 at 11.01.37 PM

Ha.. rasanya semua orang dah tahu, malah terkena dengan wabak iPhone 6 ni. Semenjak dilancarkan awal bulan lalu, memang ramailah yang mula nak upgrade iPhone masing-masing.

Mana taknya, kami ada juga terbaca beberapa blog berkenaan gadget menceritakan bahawa peminat iPhone mula berkampung dan beratur di hadapan kedai seawal pagi supaya dapat menjadi antara yang pertama memiliki iPhone 6.

Malah, pelakon muda yang kini dah mula menjadi bualan ramai, Elfira Loy sanggup gadai designer bagnya demi iPhone 6. Gadai macam mana tu tak tahulah, tapi Elfira pun nampaknya obses dengan iPhone 6 yang kini sudah menjadi kepunyaannya itu.

Screen Shot 2014-09-25 at 10.40.11 PM

Kalau nak berbicara soal gadget ni bukanlah kepakaran kami. Sebabnya kami pun guna smartphone yang biasa-biasa je. So, tak lah tahu inside-out pasal iPhone 6 nih.

Namun, bila kami scroll komen, ada juga peminat menyatakan bahawa Elfira rugi kerana terpengaruh membeli iPhone 6 yang dikatakan mudah sangat dilenturkan. Dalam bahasa mudahnya, letak dalam poket, boleh bengkok. Huhu.

Kami pun buatlah penyelidikan tak rasmi mengenai dakwaan mereka dan ternyata ada beberapa laporan yang memberikan fakta yang sama.

Entahlah. Ada tak para pembaca yang dah guna iPhone 6 di sini? Cuba cerita sikit betul ke gadget mahal itu mempunyai kelemahan yang agak ‘pelik’ macam yang diperkatakan.

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×