berita

Elfira Loy Tak Gentar Dengan Fear Factor Selebriti Malaysia

September 28th, 2012 | by M
Kini Trending

Program Fear Factor Selebriti Malaysia mengukuhkan lagi kedudukan Astro Ria (104) selaku Saluran Hiburan Melayu Utama di negara ini apabila bakal menemui anda di kaca tv tidak lama lagi. Ketahanan fizikal dan mental 30 selebriti tanah air seperti Dafi Ismail, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Farish Aziz, Akim Ahmad, Zoey Rahman, Mejar Dr Faiz dan Gambit Saifullah diuji melalui cabaran-cabaran yang disediakan.

Bertubuh kecil dan cilik bukan menjadi satu batu penghalang buat duta produk Maybelline ini, Elfira Loy untuk menyahut cabaran program realiti ini.

“Kita kena percaya dengan apa yang kita boleh buat. Contohnya pagi tadi, ramai yang tidak menyangka saya dapat melaksanakan cabaran rock climbing. Padahal, saya memang takut sangat dengan cabaran ini kerana ia memerlukan kekuatan tangan dan kaki. Iyalah, jika dibandingkan dengan kemampuan peserta lain terutamanya abang Jehan Miskin, sudah tentu lain kan,” ulas Elfira Loy di sidang media yang berlangsung di Batu Caves, pagi tadi.

Keteguhan pendirian Elfira Loy ini turut didokong dengan kata-kata semangat daripada ibunya kerana ia adalah satu peluang yang datang sekali seumur hidup.

“Pada awalnya memang saya takut. Tapi, ibu saya berikan sokongan supaya mencuba. Katanya, kalau tak cuba, kalau tak pergi, nanti menyesal. Setelah hampir seminggu menjalani latihan boot camp, saya akui apa yang ibu katakan itu adalah benar,” jelas pelakon ini lagi.

“Bagaimanapun, saya lebih takutkan kucing daripada ular. Saya tak suka benda-benda yang mengejar. Saya juga takut dengan badut,” seloroh Elfira lagi.

Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad berkata, “Berbeza dengan Fear Factor luar negara, Fear Factor Selebriti Malaysia akan diuji dengan cabaran melibatkan ketingian, air, api, claustrophobia dan binatang. Manakala, cabaran tidak akan melibatkan makanan kerana ingin menjaga sensitiviti penduduk Malaysia.”

Katanya lagi, “Kesemua peserta akan diterbangkan ke Cape Town, Afrika Selatan mulai 23 Oktober – 15 November dan setiap minggu ada peserta yang akan disingkirkan.”

Menarik sekali, Fear Factor Selebriti Malaysia ini akan dihoskan oleh bintang paling popular, Aaron Aziz.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×