berita

Empat Tahun Mencuba, Noryn Aziz Gembira Bakal Bergelar Ibu Buat Pertama Kali Pada Usia 37

April 1st, 2014 | by Ai
Kini Trending

Sidang Media Minggu Setiausaha (Awi Rafael, Noryn Aziz, Krisdayanti)-26

Sejak mendirikan rumahtangga pada tahun 2010, Noryn Aziz mengakui dirinya sangat menginginkan zuriat dan tidak lelah mencuba pelbagai kaedah dan alternatif.

Selama empat tahun menanti, akhirnya penyanyi Jazz itu kini sudah boleh menarik nafas lega apabila disahkan hamil anak sulung pada awal Januari tahun ini.

Tepat 1 Januari, saya dapat tahu saya hamil, berita tu macam hadiah tahun baru buat kami. Masa tu dah 3 minggu. Mulanya macam tak percaya sebab saya cuma check guna kit kehamilan, macam-macam jenama saya guna sebab nak dapatkan kepastian.

Saya memang nak anak sejak mula berkahwin lagi. Sebab saya dah masuk 37 tahun, saya pun dah tunggu empat tahun. Bagi saya impian terbesar setiap wanita mesti nak ada anak sebagai pelengkap hidup dan Alhamdulillah saya bersyukur sangat Allah dah tentukan masa ni untuk saya hamil.

Sidang Media Minggu Setiausaha (Awi Rafael, Noryn Aziz, Krisdayanti)-28

Noryn yang ditemui sewaktu sidang media Secretaries Week @ PICC di Putrajaya semalam turut berkongsi kaedah rawatan yang membuatkan impiannya untuk bergelar ibu bakal terlaksana.

Selama kami berkahwin dari 2010, sejak tu macam-macam ubat dan cara saya cuba. Tapi apa yang saya perasan, kita kena check dulu sistem dalaman tubuh kita, tengok apa yang kurang. Rupanya bila saya pergi jumpa pakar akupunktur, doktor kata saya tak cukup darah. Jadi saya perbaiki dari segi pemakanan dan buat rawatan akupunktur.

Dengan izin Allah, selepas beberapa kali melakukan rawatan itu saya disahkan hamil. Saya juga banyak meminta nasihat dan pandangan daripada rakan selebriti seperti Nurul Wahab dan Betty Banafe kerana mereka mempunyai pengalaman.

Biarpun tidak mempunyai keinginan pelik atau mengidam sebarang makanan tertentu, namun Noryn akui dirinya tidak boleh menghidu bau masakan di awal kehamilan.

Alhamdulillah tak ada mengidam apa-apa, mungkin belum lagi la kot. Tapi kitchen is closed for three months, tiga bulan saya tak memasak. Setakat buat roti untuk sarapan tu adalah, tapi tidak sampai memasak yang berat-berat. saya tak boleh bau masakan. Tapi sekarang dah boleh masak balik macam biasa.

Sidang Media Minggu Setiausaha (Awi Rafael, Noryn Aziz, Krisdayanti)-24

Sama seperti Krisdayanti dan Awi Rafael, Noryn juga bakal membuat penampilan pada minggu setiausaha yang akan diadakan di Putarajaya nanti. Namun bezanya, persembahan Noryn akan digandingkan dengan seorang penyanyi dari seberang, Afghan berlangsung pada 16 April 2014.

Acara dua hari berturut-turut tersebut berlangsung selama dua jam dari 8.30 hingga 10.30 malam di Dewan Perdana, PICC dan akan dikendalikan oleh Kuah Jenhan selaku pengacara majlis.

Bagi yang berminat untuk menonton persembahan mereka, anda boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah RM5,880 hingga RM8,880 untuk sebuah meja yang menempatkan 10 orang tetamu. Untuk tempahan, sila hubungi talian 03-88876000 atau layari laman web Ticketpro.

SKIP THIS AD ×