berita

Enrique Iglesias & Nicole Scherzinger Bergabung Gegarkan Konsert Isle Of MTV 2014

June 17th, 2014 | by Ai
Hollywood

enrique_iglesias_hd_wallpaper-1280x800

Selepas enam tahun, akhirnya kini Enrique Iglesias akan kembali menghiburkan para peminatnya di II-Fosos Square, Floriana bersempena dengan konsert Isle of MTV yang diadakan pada 25 jun 2014.

Di atas kemunculannya ini, Enrique akan mempersembahkan sebahagian lagu daripada album terbarunya berjudul Sex And Love (Sexo Y Amor). Antara lagu yang disahkan ialah I’m A Freak feat. Pitbull, Bailando, Heart Attack, There Goes My Baby feat. Flo Rida dan Let Me Be Your Lover.

Lebih menarik lagi, penyanyi yang pernah popular dari kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger akan turut sama menggegarkan konsert ekstravanganza berkenaan.

Nicole-Scherzinger

Rasanya macam dah lama sangat tak dengar lagu-lagu terbaru dari Nicole, kan? Untuk melepaskan rindu peminat, Nicole akan menyanyikan beberapa lagu terbaru termasuklah single Your love.

Selain daripada dua penghibur popular itu, Isle of MTV juga akan dihiburkan oleh Dizzee Rascal, Kiesza dan DJ Hardwell.

Untuk pengetahuan anda, konsert terbuka yang telah memasuki tahun kelapan itu akan dirakam menjadi program istimewa berdurasi 60 minit.

Kepada para peminat yang tak berkesempatan melihat persembahan tersebut secara langsung, anda boleh menyaksikannya di MTV Music dan MTV Live HD bila ia siap disunting nanti.

SKIP THIS AD ×