Laman Utama » Berita Terkini

Meskipun baru sebulan bercerai, Akhil bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri jika ada yang mempersoalkan mengapa terlalu cepat dia kembali mendirikan rumahtangga.

“Ini adalah jodoh. Kita tak boleh ramal apa yang akan terjadi. Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.

“Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun,” kata Akhil.

Bercerita bagaimana terbitnya perasaan cinta terhadap penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu, kata Akhil:

“Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda. Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah.

“Tetapi, mustahil lah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta. Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya,” ujarnya yang menambah, pada awalnya mereka merancang untuk bernikah pada 21 Ogos, sehari sebelum Ramadan.

Mengimbas semula kontroversi yang melanda mereka sejak dua tahun lalu, mereka pada awalnya dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangganya dan Akhil. Malah, Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Maizawati kemudiannya nekad untuk bercerai dan mereka akhirnya sah bercerai bulan lalu.

Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

“Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena.”

Sumber berita & gambar : Mstar

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Hijabster : Tips Penjagaan Rambut Bagi Hijabster