berita

Episod Akhir ‘Maaf Jika Aku Tak Sempurna’ Amat Hambar

October 28th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-10-28 at 3.42.59 PM

Walaupun gagal meraih perhatian penonton seperti beberapa drama yang meletup di slot Akasia, drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) tetap mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Artikel Berkaitan: MJATS Gagal Tarik Penonton Di Episod Pertama

Buktinya, episod terakhir drama yang dilakonkan oleh Fahrin Ahmad dan Sara Ali ini hanya berjaya berada di tangga ke-10 trending twitter di Malaysia.

Namun, ada di kalangan penonton setia MJATS yang mengatakan bahawa final episod drama tersebut berakhir dengan jalan cerita yang agak klise.

Screen Shot 2014-10-28 at 3.45.56 PM

Hero dan heroin hidup bahagia sampai hujung hayat. Itulah ending yang dipaparkan dalam final episod MJATS semalam apabila akhirnya Melina (lakonan Sara Ali) kembali ke pangkuan Luqman (lakonan Fahrin Ahmad) setelah mengetahui bahawa suaminya itu tidak bersalah.

Kes kena tangkap basah dengan Sarah (Ika Nabella) itu pula sebenarnya telah dirancang oleh Zita (Tasha Shilla). Bagaikan karma, Zita pula telah dilanggar sebuah kereta semasa mengejar kawan-kawan baik Melina yang merakam pengakuan jahatnya itu. Manakala, Sarah pula akhirnya berkahwin dengan kawan baik Luqman.

Screen Shot 2014-10-28 at 3.41.22 PM

Kami pun tak pasti sama ada ending drama MJATS ini sama atau tidak dengan novel nukilan Acik Lana. Namun, secara keseluruhannya kami setuju dengan pendapat pengikut setia MJATS.

Sebenarnya, bukan MJATS sahaja yang mempunyai ending sedemikian. Malah, boleh dikatakan banyak lagi drama yang meletup pun membawakan pendekatan yang sama.

Screen Shot 2014-10-28 at 3.49.37 PM

Oh..Lagi satu, kami rasa nak bagi 4 bintang pada Fahrin kerana berjaya membuktikan bahawa dia masih lagi relevan untuk jadi hero drama. Masih berbisa juga nampaknya abang sado kita ni. Mana taknya, jika diperhatikan, drama-drama dalam slot Akasia sebelum ini dibanjiri dengan muka hero baru.

Tetapi, dah tentu masing-masing ada pandangan tersendiri mengenai drama ini. Kalau anda semua ada pendapat yang lain mengenai drama ini, dropkanlah komen di bawah.

P/S: Tak sabar tunggu drama terbaru slot Akasia.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×