Pagi ini, beberapa slot hiburan memaparkan berita mengenai gosip Erra Fazira dimadukan, dan kini tinggal berasingan dengan suaminya iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin. Seingat Ai, ini bukan pertama kali gosip seperti ini kedengaran, macam gosip basi pun boleh jadi juga.
Ai tak pernah pula dengar rakan-rakan wartawan bercerita pasal ni, tup tup pagi ini keluar segala macam kenyataan Erra Fazira mengenai gosip dimadukan. Nak kata Ai ketinggalan zaman, rasanya tidak. Apabila Ai siasat, rupa-rupanya ada orang yang bertanya sama ada Erra Fazira dimadukan atau tidak. Adoi, Ai yakin ‘orang itu’ terambil gosip zaman dahulu kala. Boring!
Rasanya, ramai yang tahu mengenai konflik Ziana Zain, Erra Fazira & Ning Baizura bersama sebuah majalah tempatan tempoh hari. Ceritanya, orang majalah merungut kerana Ziana Zain, Erra Fazira & Ning Baizura tidak memberikan kerjasama yang baik serta berlagak diva sepanjang berlangsungnya sesi photoshoot.
Apa yang Ai tahu, Ziana Zain enggan menyarung baju yang disediakan oleh pihak majalah kerana baju tersebut tak sesuai dengan imejnya sebagai ibu & juga artis yang dihormati. Bayangkan, sepanjang penglibatan Ziana Zain sebagai penghibur, amat jarang sekali Ai dengar gosip-gosip yang kurang enak terhadap Ziana. Tak mungkin Ziana Zain nak timbulkan kontroversi dengan berpakaian seksi seperti yang diminta oleh majalah tersebut.
Erra berkata, “Sebagai seorang kawan, saya juga terasa hati apabila ada pihak yang memburukkan Ziana Zain. Mereka sepatutnya research dahulu sebelum memilih pakaian untuk kami. Walaupun begitu, kami tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan kerana enggan memanjangkan isu ini lagi .”

at 10:05 am
Gosip jeee. Semoga terus bahagia :)
at 10:05 am
erkkk adehhh mcm2 gosip
at 10:10 am
gosip je..mmm..mjlh eh ke..nk soh artis pkai seksi2..nk promote mjlah..sepatotnye dy kene respect artis tu nye imej..
at 10:11 am
gosip gosip gosip….mmg xbetul…
at 10:12 am
awhhh , kalau betul lah rumour nie , mesti mak aku terkezuuutt gilaaa . sebab dye memang peminat #1 erra ==’ kesian erra . kalau macamtu , baik semula lah dengan yusry :’)
at 10:15 am
Oh Bulan dah xde citer lain ker??? dah basi pun masi dah post….cari la yg fresh!
at 10:29 am
gosh, if basi pun napa masih kedengaran…if betul am so kesian with erra…tot they are the perfect couple…
at 11:22 am
tkder citer lain ker…..gosip jer kerja..org tu elok jer bahagia…
at 11:30 am
adddooii…tajuk entry yg sgt2 bjaya mnarik minat aku nk klik…huhhhhh
at 12:31 pm
gosip hiburan sahaja..jangan percaya semua itu hehehhee
at 12:40 pm
Tak kan macam tu sekali…
Erra cantik jelita, takkan suaminya tergamak buat macam tu
Entahlah…Lelaki sukar diramal….Ada yang nampak baik, tapi curang dll..
Nak cari yang betul2 setia memang payah. Kalau dapat pun ikut nasib badan la…
at 10:13 am
cantik saja tak menjanjikan apa2….
at 12:43 pm
bodonye org majalah…..bajet dia ada kuasa lak………….
mmg lah diaorang tu DIVA…bukannya nak berlagak diva…….
BOIKOT majalah tu wahai semua artis2 malaysia……..
tak hormat pendirian org lain!!!!
at 10:35 pm
sokong 200%, majalah tu pun tak de faedahnya kepada kita. ambil ajalah muka2 baru yang murahan dan x layak dipanggil artis untuk majalah engkorang. boleh tayang aset… Apa-apa pun hidup ziana, erra, ning – memang patut anda semua berlagak diva.
at 5:25 pm
s’tgh majalah nie memang m’lampau… suruh org pakai seksi…. tahniah Zain.Zain krn tetap p’dirian.
at 11:56 pm
Sokong Erra, Ziana & Ning all the way!
at 9:01 am
Nasib Baik EE bkn taste i..pendek, hensem lg yusry..
at 5:22 am
Unfortunately, not straight!
at 10:11 am
Biasernya gossip2 ni betul..cuma diaorg aje yg menafikan….klu xde angin masakan pokok bergoyang…selama ni pun gossip2 yg wartawan artis buat akhirnya mjadi kenyataan…
at 12:22 pm
nk komen yg ni?psl EF dimadukan o majalah bg artis pakai bj seksi?….
aku xsalah kan artis klu xnk pakai seksi…so mjlh jgn suke suki claim artis berlagak diva!…aku rse mmg patut ZZ wat mc 2,kasi ajr je mjlh 2…
at 12:50 pm
tak gak Hana.Tengok apa jadi dgn gosip2 umahtangga CT,Ziana,Lisdawati dan Vanidah.Ada kah mereka bercerai berai? Klu ya pun EE nak pasang cawangan lagi, rasanya EF tak rugi.Akan ramai lagi jejaka yg akan mengetuk pintu hatinya.
at 1:10 am
ini gossip yg dah takde citer nak naikkan artis ni ke?….kalau betul pun biarlah lelaki nak kawin brapa ke, bagi jer, mungkin nak try yg tak cantik pulak yg ala2 muslimah pulak…manalar tu, lelaki kan bnyk taste disamping tu boleh dpt payung emas…betul tak wanita?..apa kata wanita???
at 5:23 am
EE bukak cawangan dengan Irene Santiago kot?
at 10:17 am
Sabar jela …EE dah jawap di Twitternya
at 4:10 pm
betul ke cerita ni ? gosip je en. haha
at 5:40 pm
ni gosip je ke betul2 ni?