berita

Fad Bocey Bakal Nikah Adik Angkat Jihan Muse 14 Mac

March 6th, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

fad dan kekasih

Nampaknya bulan ini para pembaca OHBULAN! akan disajikan dengan foto-foto perkahwinan selebriti hampir setiap hujung minggu.

Memilih tarikh yang sama dengan Hanez Suraya, pelawak terkenal, Fad Bocey bakal melangsungkan pernikahan dengan Nur Syahirah A. Rahman pada 14 Mac ini.

Artikel Berkaitan: 10 Foto Romantis Fad Bocey & Kekasih Hati Yang Super Cute!

Apa yang lebih mengujakan, rupa-rupanya bakal isteri Fad adalah adik angkat kepada Jihan Muse. Jom baca detik pertemuan mereka di sini.

Jihan Tak Suka!

fad bocey kekasih 2

“Saya kenal dia dua tahun selepas Maharaja Lawak Mega. Masa itu dia ikut kakak angkat dia, Jihan Muse. Dari situlah saya kenal dia tetapi sebenarnya Jehan tak suka saya mengorat adik angkat dia.

Namun, saya tetap juga mengorat dia. Susah sebenarnya nak tawan hati dia dan banyak kali saya kena ‘reject’ tetapi akhirnya dia terima dan kami berkawan.

Alhamdulillah keluarga dia menerima dan melayan saya dengan baik. Sewaktu hari jadi dia pada bulan Oktober tahun lalu saya betul-betul cakap pada dia yang saya mahu kahwin dengan dia.”

Fad Tidak Jemu-Jemu Ambil Hati – Syahirah

bocey

“Mula-mula memang saya tidak suka pada dia tetapi dia selalu mesej saya. Kesungguhan dia itu yang membuka hati saya untuk terima dia. Saya sudah bersedia menempuh hidup sebagai seorang selebriti tetapi saya akui seorang yang kuat cemburu.”

Sumber: Malaysian Digest

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×