berita

Faiz Dickie Berkarya Dengan Sindiran

December 17th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-12-16 at 4.07.46 PM

Sebelum anda terus membaca artikel ini, kami nak tanya, sudahkah anda follow laman Instagram jejaka yang bernama Faiz Dickie ini? Kalau belum, kami rasa anda harus follow!

Kenapa? Kerana komik jenaka yang dimuatnaik oleh Faiz menerusi laman Instagramnya itu betul-betul mempunyai maksud yang mendalam. Kadang-kadang, kami rasa macam terkena dekat batang hidung sendiri apabila membaca komik ini.

Jika anda perhatikan satu demi satu komik tersebut, anda sedar tak isu yang dibangkitkan oleh Faiz ini merupakan perbuatan sesetengah individu yang memang realitinya terjadi dalam kehidupan seharian? Tak percaya cuba tengok.


84bc761a613811e3b8c81286a8b0a4b1_6

Komik solo Faiz di Instagram

Menerusi laman Instagram, Mohd Nasrul Faiz bin Abu Azal atau lebih dikenali sebagai Faiz Dickie sering menampilkan komik-komik jenaka tentang hal-hal isu semasa.

Selain menggunakan idea sendiri, komik-komik yang dipaparkan juga merupakan pengalaman sebenar daripada sahabat-sahabatnya.

Sesetengah yang saya paparkan di Instagram itu merupakan pengalaman sebenar daripada kawan-kawan saya. Saya tunaikan atas permintaan mereka.

Biarpun menggunakan bahasa kasar, namun kemunculan komik lawaknya seawal bulan Ogos lalu dilihat dapat diterima oleh para pengguna laman sosial yang lain.

Screen Shot 2013-12-16 at 4.09.38 PM

Faiz tampil sebagai Na’a’bella Hijabista

Terkenal dengan watak Na’a’bella, Faiz memberitahu bahawa nama tersebut diambil sempena dengan nama pengguna laman sosial Facebook yang lain.

Biarpun jenakanya itu akan menimbulkan pelbagai komen negatif daripada sesetengah pihak, namun perkara itu bukanlah penghalang buat Faiz untuk meneruskan aktivitinya.

Nama Na’a’bella itu saya ambil daripada pengguna laman sosial yang letak nama pelik di Facebook. Sebagai contoh, Sharifah tetapi letak Sherry. Saya gunakan Na’a’bella sebagai identiti tersendiri.

Saya tak nak jadi seorang yang hipokrit. Kalau mereka terima, terimalah. Kalau tak terima, saya tak boleh buat apa. Saya menjadi diri sendiri.

Apa yang pasti, kejayaan Faiz ini merupakan hasil titik peluhnya sendiri bersama rakan-rakan rapat yang berjuang memperkenalkan komik tersebut kepada orang lain.

Dalam perkembangan lain, kami difahamkan Faiz dalam perancangan untuk menyertai sebuah syarikat percetakan baju bagi jenama #villagepeople. Apa-apa pun, tahniah Faiz.

Sumber : Instagram Faiz Dickie

SKIP THIS AD ×