berita

Faizal Hussein Masih Damba Watak Hero

January 20th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Drama Slot Aksi, 'Jiwa'-11

Siapa tidak kenal dengan Faizal Hussein? Namanya bagaikan sinonim dengan watak Roy dalam filem Gila-Gila Remaja. Faizal Hussein yang kini telah mencecah usia 46 tahun itu telah memulakan karier dalam bidang lakonan sejak tahun 1982 menerusi filem Senja Merah.

Walaubagaimanapun, Faizal yang dilihat agak sepi dalam industri kebelakangan ini mengatakan bahawa dirinya berehat seketika untuk memberi masa kepada keluarganya di samping menunggu watak yang sesuai.

Hampir 32 tahun bergelumang dalam bidang lakonan, Faizal memberitahu bahawa dirinya kini akan lebih memilih watak untuk dilakonkan supaya dirinya mampu bertahan lebih lama dalam industri.

Drama Slot Aksi, 'Jiwa'-78Faizal Hussein akan bergandingan bersama Remy Ishak dan Kamal Adli dalam ‘Jiwa’

“Saya enggan membawa watak yang sudah mempunyai anak dewasa. Kesannya nanti akan buat saya tidak dapat bawa watak utama lagi. Ini adalah salah satu strategi saya. Saya akan pilih watak yang lebih muda atau sama usia sahaja.”

Walaubagaimanapun, Faizal turut menambah bahawa ianya juga bergantung kepada skrip yang diberikan. Dalam drama terbarunya berjudul ‘Jiwa’, Faizal akan membawa watak Alif  Rizal, bapa kepada 2 orang anak lelaki iaitu lakonan Remy Ishak dan Kamal Adli.

Drama Slot Aksi, 'Jiwa'-45Faizal akan membawa watak Alif Rizal iaitu bapa kepada Remy Ishak dan Kamal Adli

“Skrip dalam drama ‘Jiwa’ berlainan. Sebab saya akan bawa watak bapa kepada dua orang anak yang masih kecil sehingga mereka dewasa. Ia merupakan satu perjalanan hidup. Saya tak mahu bawa watak yang awal-awal lagi sudah jadi tua.”

Drama ‘Jiwa’ akan menemui penonton bermula pada 5 Februari depan setiap hari Rabu jam 9.00 malam di TV3 dalam slot Aksi.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×