Faizal Ismail Letak Jawatan Serta Merta - OHBULAN!

berita

Faizal Ismail Letak Jawatan Serta Merta

October 24th, 2013 | by Yusmirnadia | 13 comments
Isu & Kontroversi

wpid-IMG2345

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja pagi ini ribuan pendengar radio Hot FM digemparkan dengan pengumuman perletakan jawatan Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI.

Pada mulanya OHBULAN! menganggap ianya sekadar gimik atau gurauan yang biasa dilakukan oleh pihak radio, maklumlah Hot FM AM Krew memang terkenal dengan lawak jenaka mereka.

Namun ternyata Faizal serius mengenai perkara itu kerana dia turut mengemas kini status di Twitter berkenaan perletakan jawatannya.

Screen Shot 2013-10-24 at 10.30.03

Menurut Faizal, dia melepaskan jawatan sebagai penyampai radio Hotfm dengan notis berkuatkuasa hari ini iaitu 24 Oktober 2013.

Nampaknya bukan sahaja pendengar terkejut, malah rakan sekerja Faizal seperti Fara Fauzana, AG dan Sharifah Aleya juga langsung tidak menjangka keputusan itu.

Screen Shot 2013-10-24 at 10.31.26 Screen Shot 2013-10-24 at 10.35.52 Screen Shot 2013-10-24 at 10.36.27

Adakah Faizal berhenti menjadi penyampai radio dan dinaikkan pangkat atau dia telah menerima peluang yang lebih baik di tempat lain?

Namun, apa yang terbaik buat masa sekarang ialah menunggu penjelasan daripada Faizal ataupun pihak stesen radio itu sendiri berkenaan berita ini.

13 Comments

  1. sygg gile shila amzah says:

    ke status hangit je tu. alaaa bosan la lepas ni kalau betul faizal xad kat hotfm dah :(

    (0)
  2. hadhad says:

    saya rase mmg betul,,, sebab 2hari lepas, saya ade terbaca kt fb FBI mgatakan dia ada buka 1 company dan sudah mendapat projek besar yg lumayan…
    hurrmm…… die rasa dia di tahap selesa kot dgn projek baru tu..
    anyway.. semoga berjaya utk kerjaya baru FBI..

    (0)
  3. kaki tabur says:

    x kan la selamanya nak duk konti…mesti ade rancangan mase depan…

    (0)
  4. titah says:

    eheh takkan nak benti.. dj swasta famous ni gaji tk kurang belas2 ribu sebulan. rugi2. masalah dalaman tak boleh bertolak ansur kot.
    ske faizal..seorg yg tak pernah meninggi diri bila berbicara. wish u all the best!

    (0)
  5. semput says:

    napela oh bulan ni blh silap taip. dah jelas twitter tu tulis 24 oct 2013. npela taip 24 nov 2013?.. hmm. apapun all the best FBI..

    (0)
  6. Mohd Yusri Bin Ramli says:

    Sungguh mengejutkan pengumuman FBI…mcm x percaya…apapun ucapan terima kasih kpd FBI…pastinya ketiadaanmu pasti dirasai sebilangan besar pendengar setia HOTFM….ALL THE BEST FBI

    (0)
  7. shima says:

    tak best FBI tak de..nanti slot panggilan hangit n top5..:(..

    (0)
  8. mat gelap says:

    FBI dapat tawaran kerja kat Jabatan Kebajikan Masyarakat kot..lapor diri kat KPW..terus gi maran..don’t play2..

    (0)
  9. Bunga Plastik Layu says:

    FBI bagus…bnyk job skrng – x kesah kalu tingglkn Hot FM — =)

    (0)
  10. mamajuwie says:

    tahniah FBI..u bring a lot of smile and loughing..setiap pagi gi keje dgr hot f.m

    (0)