Laman Utama » Isu & Kontroversi

Selepas hujung minggu yang penuh dengan berita perkahwinan Lisa Surihani & Yusry serta Ana Raffali & Ahmad Aznaim, akhirnya OHBULAN! kembali pada mood ‘single’. Mungkin anda terkejut bukan kerana tiba-tiba saja tiada angin tiada ribut, timbul khabar angin sebegini pula.
Kalau sebelum ini Farina atau Zafarina Jamhari pernah mencetuskan kontroversi dengan gambar-gambar seksinya, kini janda anak satu yang berasal dari Sarawak ini dipercayai akan berkahwin dengan seorang VIP yang OHBULAN! sendiri tidak pasti benar atau tidak.
Gosip yang telah ditimbulkan seminggu lepas oleh sebuah blog hiburan, Rotikaya, telah menimbulkan tanda tanya kepada kami. Menurut blog ini, seorang artis AF bakal menjadi isteri kedua seorang VIP dan baru-baru ini artis itu baru sahaja menghabiskan percutian di Pulau Langkawi dengan kapal layar peribadi milik VIP tersebut.
Hasil siasatan kami mendapati Farina dipercayai adalah salah seorang artis AF yang baru balik dari percutian di Pulau Langkawi. Namun tidak dapat dipastikan adakah dialah wanita bertuah tersebut. Biasalah, artis AF ni bukan seorang, susah mahu cari dari musim pertama hinggalah kesembilan. Jika salah maklumat yang diberikan pada kami, maka salahlah spekulasi ini.
Mungkin anda ada info yang berguna untuk kami mengenai gosip yang sedang berlegar-legar dalam industri sekarang ini, apa salahnya berkongsi kan?





org cantik
Kalau tul cite ni, bagus lah…bini no. 2 selalu lebih dimanja lebih disayang dan lebih diingat2. Kalau dapat bini no.1 yg sporting, AMANNNNNN dunia! Ni tak, cakap sal poligami, melenting2 minta cerai berbagai..sape yg untung sape yg rugi sebenarnye??? Kalau tak dapat nak compete dah, biar lah org lain take over lah kan…jgn rugi air suami lak, tak gitu kak oiiii…
Lepas ni bolehlah pakai pakaian yang menutup aurat sebab sebelum ni pernah keja kat Nite Club yang pakai baju ala2 nak gi pantai gitu sebab kata cara makan untuk anak dia kan. Lepas ni jgn ada alasan lagi. X yah keje jaga laki dan rumah tangga saja. Lagi senang.
RT @ohbulancom: OHBULAN!: Farina AF8 Bakal Jadi Isteri Kedua VIP? http://t.co/OX78K1YR
#Shame RT @MairaFitrish: Haruskah laki org. RT @ohbulancom: OHBULAN!: Farina AF8 Bakal Jadi Isteri Kedua VIP? http://t.co/rflXGEan
Cc @Annefarina7 RT @NizamAjim: RT @ohbulancom: OHBULAN!: Farina AF8 Bakal Jadi Isteri Kedua VIP? http://t.co/aPpDrGBD
X baek la korg ni.. Dh mungkin itu jodoh die kite nak buat maner.. X baek menilai org klu kite x berape kenal org tu..
Farina AF8 Bakal Jadi Isteri Kedua VIP? http://t.co/mmKJ23gJ via @ohbulancom
Oh Jesus tlg lah klu ade yg ckp dia ni cantik..Buta ke mata korang?x sia2 lah menyundal bergesel2 ngan VIP itulah tujuan utama jd artis
Statement bonggok!!!. Hahaha
seb bek title ada tules AF8…kalau tak memang tak ingat dia neh AF yang mana satu…if u know what i mean…=p
perabis beras vip je..
KAH KAH KAH… Woit…. Apsal muka macam tak cukup vitamin?
wah,,baru jadik artis da dapat kahwin dengan datuk,,,untung la dia..
..bukan dia nie janda?…nak harta lah tue
wah2. cekup VIP yg masyuk. siap ada kapal lagi