berita

Fashion Show Raya 5 Stars II : Hatta Dolmat

July 13th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Hatta Dolmat merupakan seorang pereka fesyen tempatan yang tidak asing lagi. Ramai selebriti-selebriti tempatan gemar menggunakan khidmat beliau bagi menghasilkan busana yang menarik dan elegan untuk diperagakan pada majlis-majlis berprestij dan bersejarah.

Untuk Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II tahun ini, Hatta Dolmat telah menampilkan rekaan lebaran  yang berkonsepkan “La Dolce Von Teese” yang diadaptasi daripada seorang ikon fesyen. Hatta Dolmat turut menonjolkan rona-rona ceria untuk rekaannya pada kali ini seperti rona pastel, neon, merah dan juga loyal blue.

Berikut merupakan foto koleksi Hatta Dolmat pada malam Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II baru-baru ini:

Pembukaan untuk koleksi Hatta Dolmat telah dimeriahkan dengan jemputan khas penyanyi kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam. Bagi koleksi Hatta Dolmat, Izzue telah memperagakan Baju Melayu berpotongan leher  cekak musang. Busana daripada rona loyal blue ini kelihatan sungguh menarik dengan penyatuan corak baju yang bermotifkan polca dot dan seluar plain daripada rona senada. Padanan kain samping daripada material songket turut membangkitkan lagi aura tampan buat si jejaka.

Busana berpotongan top peplum rona loyal blue ini kelihatan sangat menawan dan cantik dengan padanan kain bermotifkan flora. Sematan kain di bahagian pinggang menampilkan ilusi langsing buat si pemakai. Selain itu, potongan busana yang agak singkat turut memberikan ilusi tinggi buat si gadis.

Busana rona hitam potongan Baju Kurung Moden ini kelihatan sungguh elegan dan cantik. Bahagian kaki busana yang dipadankan dengan sedikit renda menampilkan elemen klasik dan glam untuk koleksi Hataa Dolmat kali ini.

Busana rona nude daripada potongan Baju Kurung ini kelihatan sungguh anggun dan menawan. Bahagian kaki busana yang dipadankan dengan elemen ombak turut menyerlahkan lagi kejelitaan dan pesona si pemakai.

Busana potongan kurung moden ini kelihatan sungguh cantik dengan paduan rona hitam dan nude.  Bahagian kaki busana dan pergelangan tangan kelihatan sungguh klasik dengan padanan kain lace bermotifkan flora. Selain itu, potongan kain yang dimuatkan dengan renda di bahagian kaki menonjolkan pergerakan yang cantik dan menarik buat si gadis.

Busana potongan kurung moden ini kelihatan sungguh anggun dan menawan. Walaupun ia kelihatan ringkas, dengan adanya padanan kain lace rona hitam di bahagian bahu yang direka ala kot membangkitkan elemen anggun dan pesona wanita melayu. Bahagian kain yang direka sedikit berombak mencantikkan lagi pergerakan baju kurung moden ini.

Busana potongan top peplum rona hitam dan putih ini kelihatan sungguh elegan dan menarik. Paduan fabrik bermotifkan polca dot turut menyuntik eleman klasik dalam rekaan Hatta Dolmat ini. Penambahan sematan reben dan flora dibagaian bahu menonjolkan lagi keanggunan dan pesona si gadis.

Busana potongan kurung moden ini kelihatan sungguh mempesonakan dengan padanan fabrik bermotifkan polca dot. Kombinasi rona hitam dan pink membangkitkan lagi suasana ceria buat si gadis di pagi lebaran. Selain itu, potongan kain yang direka sedikit kembang menampilkan keayuan dan kesopanan sebenar gadis melayu.

Busana rona putih ini menonjolkan penampilan suci dan ayu buat si gadis. Padanan fabrik bermotifkan polca dot menyuntik elemen klasik dalam rekaan Hatta Dolmat ini. Padanan sematan renda di bahagian leher menyerlahkan lagi pesona dan kejelitaan si pemakai.

Busana rona merah ini kelihatan sungguh menyerlah dengan padanan fabrik bermotifkan flora. Bahagian kaki busana yang direka sedikit berombak membuatkan si gadis kelihatan sungguh anggun dan cantik.

Sebagai penutupan koleksi lebaran Hatta Dolmat, beliau telah menampilkan aktres terkenal Tasha Shila. Penampilan Tasha Shila kelihatan begitu menyerlah dan mempesonakan dengan persalinan rona merah. Busana potongan top peplum ini kelihatan sungguh menarik dengan sematan kain bertingkat di bahagian kaki busana. Ini dapat menonjolkan lagi aura anggun dan kejelitaan sebenar Tasha Shila. Penambahan perincian jemeki di bahagian dada turut menyuntik elemen elegan buat si pemakai.

SKIP THIS AD ×