Fashion Show Raya 5 Stars II : Zery Zamry - OHBULAN!

berita

Fashion Show Raya 5 Stars II : Zery Zamry

July 12th, 2012 | by Noraini Nasir | 30 comments
Trendsetter

Zery Zamry merupakan seorang lagi pereka fesyen terkenal yang turut menyumbangkan idea sewaktu malam Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II baru-baru ini. Untuk majlis ini, Zery Zamry telah menonjolkan koleksi beliau yang berkonsepkan “Classic Glam” dengan menampilkan 10 koleksi busana yang bercirikan moden dan sofistikated serta glamor dan klasik. Kesemua koleksi beliau pada lebaran tahun ini lebih mengetengahkan rona  asas seprti hitam dan putih agar si pemakai tampak lebih elegan dan klasik.

Berikut merupakan foto koleksi Zery Zamry yang telah diperagakan pada malam Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II baru-baru ini :

Pembukaan koleksi Zery Zamry telah dimeriahkan dengan penampilan khas penyanyi, Sabhi Saddi. Menerusi pertunjukan ini Sabhi telah memperagakan busana Baju Melayu rona hitam daripada potongan leher teluk belanga. Padanan kain samping daripada fabrik songkat rona senada menonjolkan lagi ketampanan jejaka melayu.

Busana Kurung Moden rona putih ini kelihatan sungguh cantik dan menawan. Perincian sulaman di bahagian kaki busana menonjolkan lagi keanggunan dan keayuan si gadis. Selain itu, padanan kain rona hitam daripada material songket ini kelihatan sungguh unik dan menarik, bersesuaian dengan element elegan dan klasik yang cuba ditonjolkan oleh Zery Zamry.

Busana Kurung Moden rona putih berjalur ini kelihatan sungguh unik dan menarik. Padanan sematan flora di bahagian leher dan sedikit sulaman di bahagian kaki busana menonjolkan lagi pesona dan kemanisan si gadis. Selain itu, padanan kain plain rona hitam membangkitkan lagi aura elegan buat si gadis melayu di pagi lebaran.

Busana potongan Kurung Moden rona hitam dan putih ini kelihatan sungguh menawan dengan fabrik bermotifkan flora. Penambahan element reben di bahagian leher daripada rona putih membangkitkan lagi aura eksentrik dalam penampilan si pemakai.

Busana berpotongan Kurung Kedah rona hitam ini menampilkan element elegan dan klasik dalam penampilan si gadis. Busana yang dihasilkan daripada fabrik polca dot jarang ini menampilkan aura seksi dan glamor, bersesuian dengan tema yang ingin ditampilkan iaitu “Classic Glam”.

Busana potongan kebaya pendek dengan padanan kain bermotifkan polca dot ini kelihatan sungguh klasik dan menarik. Perincian element bow di bahagian tengah busana yang digantikan sebagai butang membuatkan penampilan si gadis kelihatan sungguh unik dan mempesonakan.

Busana rona putih bermotifkan polca dot ini kelihatan sungguh cantik dan klasik. Padanan perincian sulaman sedikit sarat di bahagian kaki kebaya pendek ini menonjolkan lagi penampilan dan keanggunan si gadis. Potongan bahagian kain yang direka sedikit kembang di bahagian bawah menampilkan pergerakan yang sungguh menarik dan cantik dengan padanan renda daripada rona putih.

Busana rona hitam berpotongan top peplum ini kelihatan sungguh menarik dan unik dengan padanan flora bersaiz besar di bahagian leher. Busana ini kelihatan lebih menyerlah dengan padanan kain berambu daripada rona putih. Ia membangkitkan aura glamor dan klasik buat si ganis melayu.

Busana potongan top peplum rona putih ini kelihatan sungguh menarik dengan penambahan sematan flora di bahagian pinggang.Busana ini kelihatan lebih menonjolkan dengan potongan berombak di bahagian kaki busana dan ia memberikan element moden dan sofistikated. Padanan kain rona hitam berkelipan menonjolkan lagi gaya klasik dan glamor si pemakai.

Sebagai penutupan koleksi lebaran Zery Zamri, beliau telah menampilkan aktres terkenal Natasha Hudson untuk memperagakan busana beliau. Natasha Hudson telah memperagakan busana rona hitam daripada kombinasi potongan Kurung Moden dan peplum. Walaupun ia kelihatan ringkas, dengan adanya perincian flora di bahagian leher busana, ia mampu membangkitkan aura eksentrik dalam penampilan wanita melayu.

30 Comments

  1. mizz umie@me myself n i says:

    cantiknya,nak tempah tapi sayang dah ada baju raya tahun ni,hehe..caya la Zery Zamri..ini adalah sebahagian daripada Pereka-Pereka Terkemuka MSIA secara tak langsung tak sapa tahu mendapat tempat di arena Antarabangsa pula

    (0)
  2. Rosak akhlak tanpa iman.... says:

    errmmm..baju no 5 tu..ish..sgtla memalukan..model dia nk peraga kan pun nmpak malu tunduk je..org2 kt sebelah2 da gelak2 kan dia da..kan elok mcm baju yg last tu..yg natasha hudson pakai..cantik je…

    (0)
    • Anak Mak Dara says:

      fesyen baju jarang tiket ke neraka..kain kapan nanti pun akan jarang cam ni jugak..belajar2 lah tengok Tanah Kubur kat Astro..byk pengajaran

      (0)
  3. Hantu Kak Limah says:

    kenapa baju nampak bra..jarang giler…mana ada raya org pakai mcm ni…huhu…

    (0)
    • pak mat says:

      fashion designer yang bangang.. xtau ke aurat tu sampai mana?
      moga dibukakan pintu hati untuk faham halal haram…

      *seksaan dunia..kemudian seksaan kubur….seksaan akhirat*****

      (0)
  4. Pemalu says:

    no 3, 5, 6, 7 semua nampak bra. raya adalah hari bersama keluarga. tak malu ke tayang pakaian dalam pada hari mulia?

    (0)
  5. E.H says:

    mau mintak penyepak dari dari maka bapak kalau pakai baju cmtu.. hahaha -.-‘

    (0)
  6. D says:

    mak aiii seksinyer.. tak seswai langsung pakai raye!

    (0)
  7. yume says:

    bagusnyalah baju raya kalah baju apa lagi! langsung tak sesuai… si zeri ni fikir apa ntah waktu reka baju. kalau yang tukang reka ni bukan Islam, tak apalah jugak,..

    (0)
  8. Ja'aa says:

    NATASHA HUDSON PALINGGGGGGGGGGGGGGGGGGG GOJES!!!! YANG LAIN HAMPEHHHH

    (0)
  9. me says:

    Baju raya tak perlu lah nak terdedah sangat kot. Kain nipis memang trend. Tapi orang selalu pakai shirts kat dalam sbg cover. Tak penah pulak pakai bra jer. Kalau nak ikut trend barat pun agak-agak la sikit.

    (0)
  10. sape2 je ler~~~~ says:

    klu korset bleh ler lg dtrima dek akal n mata tp klu saja nk pakai baju nk nmpk kan bra sah2 org ilang akal jer pakai buat baju raya ler wey!

    (0)
  11. wacayasamalu says:

    cantik2 baju dia ni. ape yg model pakai masa runway tak semestinya dipakai sebijik2 masa kat luar. this is just a design presentation. same la mcm runway international label yg lagi merepek2 fashionnye.. mmg trend kat hollywood pakai see through nampak bra bagai sekarang.. anyway, cara mcm ni x kena dengan scene malaysia yang majoritinya orang Islam.. =)

    (0)
    • sera says:

      yelah kan… ikutlah fesyen runway hollywood. zery tu orang barat bukan beragama Islam la ye? itulah orang kita… baguslah… apa salahnya bagikan model tu pakai inner? terjejas ke baju tu kalau dia pakai inner?

      (0)
      • boboy says:

        yg model lelaki tu pakai songkok/ hiasan kepala mcm yahudi style….designer pun sibuk nk buat dosa..pompuan yg jd model bra tu pon muka tak malu…alang2 pakai jela bikini kalo nk sexy sgt. letak ropol2 pastu ckp la baju raya termoden alaf ini.
        aidilfitri tu ibadah, mengeratkan silaturrahim. apa daa…

        (0)
  12. lintah says:

    bodoh la.bju raya pun jrg2 ..bodoh pereka fesyen ni

    (0)
    • Hahaha . memg VONGOK!! . I wondering how he got the talent and able to show his pieces but in nude way.. Worst thing!! Alert la sikit , orang islam ni , xkan nk pkai baju raya , malu ckit . susah kalo terlebih handal.

      (0)
  13. mentari ke?? says:

    baik bt bju gna jaring ikan je lau nk sgt jarang…tah pape…bju natasha tu je la lawa…..

    (0)
  14. soraya says:

    ……..

    (0)
  15. timah says:

    nauzubillah min zalik…

    (0)
  16. Fir Akbar says:

    ni baju raya ke???sumpah macam jahanam…sape zery zamry ni…bodoh nye…dia ni bodoh ke bangang…buat baju macam jahanam…kalau zery zamry ni bengang ngan aku cakap cari aku kat fb aku…tapi sumpah buat baju macam jahanam…cuba ko kasi orang terapat ko pakai…tak malu ke bodoh?bangang…

    (0)
    • berfikir dulu sebelum reka sesuatu says:

      astaga.. ape la nk jadi weiii… awk tu org ISLAM… kan bagus reka baju mcm Natasha Hudson pkai tu…. yg kne pkai hnye nmpk bra tu da kenapa? mcm ni nk pkai wt raya? mmg kne penyepak maut la ng mak bpk memasing.. kan bgus reka sesuatu yg menutup aurat…. ape slhnye bg model2 tu pkai inner…xde la mendatangkan aib pd si pemakai..yg model2 tu pn bodoh, sbb berjaya diperbodohkan, sggup bukak aib sndri… ape lah… pk pk la dlu sblm wt sesuatu… kita Malaysia negara Islam..

      (0)
  17. facebook_songoku.gohan.56 says:

    abg2 tu bila model lelaki lalu buat derk je..bila model pompuan yg lalu sume terbeliak biji mata!! usya punggung lak tu….kih3

    (0)
  18. kirana says:

    blm sempat pakai g bapak aku dh tembak aku dgn senapang gajah…pe punye manusia la ko nni Zery..ko melayu,agama islam..ko xtau ke baju mcmne org islam pakai…sepatutnye org2 mcm ko la naik kan busana melayu,islam bkn jadi kafir mcm dorg jugak…(aku mrh ni)..klu nk pakai lace pn,pakai la koset ke,inner ke…kan lebih sopan…klu cm ni la adik2 ko blk kg beraye dgn atok nenek dia,maun mati ketejut dorg…

    (0)
  19. aida says:

    worst ever!

    (0)
  20. Design baju raya ke baju renang ni . Konsep hari raya tu , aku just nmpak last baju jew , that natasha wearing tu je bagos . y lain , show off bra. Sumpah xBeli ler….

    (0)
  21. Insaflah Zery Zamry says:

    Astagfirullahaladzim…

    (0)
  22. lantakpilah says:

    fashion designer melayu suka ponteng skolah agama… so, tak tau sgt bab2 halal haram. yg penting, “seksi uolls”

    (0)
  23. Heart says:

    tau lah fashion..tapi boleh tak zery ni respect sikit Agama Islam???

    (0)