berita

Felixia Yeap Bengang Dengan Harian Metro

August 27th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

felixia_yeap

Bukan mahu mengungkit kisah lalu. Namun, penghijrahan gadis ini dilihat telah menjadi membuka mata ramai orang tentang keindahan agama Islam.

Walaupun pada mulanya dia mendapat kecaman hebat daripada para netizens yang menganggap bahawa dia sekadar mahu menunjuk-nunjuk, gadis ini dilihat cekal mengharungi dugaan bergelar seorang mualaf. Great job girl!

Bagaimanapun, semalam kami agak terkejut apabila Felixia Yeap ataupun nama Islamnya Raisyyah Raniah dilihat berang dengan akhbar sensasi Malaysia, Harian Metro. Erm.. kenapa pula ya?

Screen Shot 2014-08-27 at 11.46.05 AM

Marah betul Felixia dengan Harian Metro nampaknya ya!

Screenshot artikel akhbar Harian Metro dengan headline ‘Tolonglah Jaga Maruah’ itu menarik perhatian followers Instagram dan Facebook Felixia yang sekaligus menyatakan sokongan mereka terhadap gadis itu.

Di samping menasihati Felixia agar terus bersabar, ada juga yang mencadangkan agar Felixia menyaman akhbar itu yang dianggap tidak beretika dalam membuat laporan mengenai dirinya.

Kami pun tak pasti apakah isi kandungan yang ditulis oleh akhbar itu. Hurm.. Ada tak para followers OHBULAN! yang sudah membaca artikel tersebut? Kalau ada jom cerita sikit pada kami!

Kredit foto: Instagram Felixia Yeap

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×