
Tahukah anda, fenomena “Gangnam Style” telah dikaitkan dengan penyakit gangguan mental dan juga histeria secara beramai-ramai berdasarkan peristiwa sejarah?
Kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh Pensyarah Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Mohd. Awang Idris selepas melihat fenomena muzik video “Oppa Gangnam Style” yang telah mencetus kegilaan ramai peminat dan video parodi diseluruh dunia.
Menurut Mohd Awang, peristiwa fenomena tarian seperti ini pernah berlaku di beberapa buah negara di Eropah seperti di Jerman dan Perancis. Dalam fenomena yang berlaku di Perancis, seorang wanita telah menari dan kemudian diikuti oleh 400 orang yang lain sehinggalah ada yang mati kerana serangan jantung.
“Saintis pada ketika itu menggambarkan ia sebagai satu gangguan mental atau histeria secara beramai-ramai.” - Dr. Mohd. Awang Idris, dipetik dari Kosmo Online.
Walaubagaimanapun, Mohd. Awang memberitahu fenomena yang melanda masyarakat sekarang tidak membimbangkan dan hanya bersifat sementara.
Untuk pengetahuan, semenjak muzik video “Oppa Gangnam Style” oleh Psy dimuat-naik pada 15 Julai yang lalu, video ini telah mencatat lebih 90 juta jumlah tontonan dari seluruh dunia.

at 3:23 pm
“Saintis pada ketika itu menggambarkan ia sebagai satu gangguan mental atau histeria secara beramai-ramai.” – Dr. Mohd. Awang Idris, dipetik dari Kosmo Online.
PADA KETIKA ITU je la.. skrg dah tahun 2012. Ada explanation lebih bagus kot. Zaman dulu tu, silap mata pun cakap sihir.
at 3:26 pm
Katanya Gangnam bermaksud ‘Aku ingin menjadi yahudi’….
at 8:25 pm
gangnam slh sebuah daerah di KOREA SELATAN.. oppa tu abang..
at 8:58 pm
gangnam tu kn nme tmpt kt korea y oppa tu abg…
pantasnye speculation manusia
at 5:20 pm
Hahahhaah..ini joke ke ape?!
at 5:29 pm
wop wop wop wop oppa gangnam style… hahaha… habis tu segala tarian yg catchy n flashmob tu pun ada lah berkaitan dgn sakit mental kut? zaman dulu2 org tgk org ramai terkinja2 pastu ramai plak pengikut tu mgkn la ada kait2 dgn sakit mental. la ni flashmob dah merebak2 kut. hehehe
at 5:35 pm
Kagum betul aku dgn Negara Korea Selatan sekarang ni. Semua benda yg dorang buat akan jd fenomena.. Padahal suatu ketika dulu negara korea pun org x tau kat mana..
at 11:00 am
tak perlu muka hensem bagai klo nak famous satu dunia..buat yg pelik jer..huhu..
at 4:01 pm
tak pasal2 nama Dr Awang kena petik. Nah, penjelasan terus dari sumber (Dr. Awang Idris) http://fakirfikir.blogspot.com/2012/09/gangnam-penyakit-mental-atau-tidak.html
and further discussion on gangnam style on Aljazeera http://stream.aljazeera.com/story/k-pop-diplomacy-0022328
at 5:33 pm
daripada duk belajar ilmu menari gangnam,alangkah baiknya kalau belajar ilmu mengenal ALLAH,ilmu tentang bersuci,ilmu tentang solat atau belajar cara memandikan dan menyembahyangkan jenazah..kalau ibu-bapa adik meninggal ,boleh juga tolong mandikan dan sembahyangklan usia kkta tak siapa tahu.
kredit dari UAI
at 10:12 pm
bukan mcm tu laa dr.awang cakap..
full briefing from dr.awang’s blog
http://fakirfikir.blogspot.com/2012/09/gangnam-penyakit-mental-atau-tidak.html
at 5:07 pm
patut la aku suka dgr lagu ni,muahahahahahaha