berita

Fesyen Funky Muslimah

July 10th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Dewasa ini  terdapat pelbagai rekaan fesyen muslimah yang telah dimodenkan, bersesuian dengan peredaran zaman masa kini. Industri fesyen sendiri turut menyumbangkan pelbagai idea menarik untuk rekaan busana muslimah moden agar wanita muslimah tetap tampil anggun dan fashionable walaupun berhijab.

Di sini pihak OHBULAN! menyajikan beberapa contoh fesyen funky muslimah yang boleh dijadikan panduan bagi peminat-peminat fesyen masa kini:

Jaket berona biru serta padanan seluar plazo daripada rona pink cerah ini merupakan kombinasi yang begitu menarik dan bijak. Gaya ini dapat menonjolkan lagi keanggunan dan kesopanan wanita muslimah. Selain itu, padanan hijab daripada rona kuning bercorak sederhana turut membangkitkan lagi aura keceriaan dalam penampilan harian wanita muslimah.

Dress labuh yang diperbuat daripada material jeans ini kelihatan sungguh klasik dan unik. Padanan kardigan labuh bercorak serta penambahan tali pinggang sebagai aksesori tambahan membangkitkan lagi aura keanggunan dan funky buat wanita muslimah.

Busana ala jubah daripada rona pink terang ini kelihatan sungguh cantik dan menawan dengan gabungan rona biru di bahagian pergelangan tangan. Pemilihan hijab daripada gabungan rona biru, pink dan unggu menyerlahkan lagi aura trendy dan funky muslimah moden.

Penggayaan kardigan labuh daripada corak harimau bintang ini kelihatan sungguh unik dan menarik. Penambahan aksesori tali pinggang memberikan ilusi langsing buat si pemakai dan menonjolkan lagi pesona wanita muslimah.

Bagi wanita muslimah yang meminati fesyen, anda disarankan agar bijak dan berani dalam menggayakan busana yang diidamkan. Namun begitu, keselasaan dalam berpakaian turut merupakan aspek penting yang harus dititikberatkan, agar busana yang digayakan kelihatan cantik dan menarik.

Kredit Foto : Butik GetGorgeous

 

SKIP THIS AD ×