berita

Fesyen Kebaya Diberi Nafas Baru

June 28th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Pada dasarnya baju kebaya merupakan pakaian tradisional bagi wanita Malaysia dan Indonesia. Lazimnya baju kebaya akan dipadankan dengan kain sarung, batik ataupun songket. Disamping itu, kebiasaannya golongan wanita turut didedahkan dengan fesyen Baju Kebaya Nyonya, yang dicipta oleh orang-orang peranakan dari Melaka, suatu ketika dahulu.

Pada umumnya, golongan wanita akan memadankan Baju Kebaya Nyonya dengan kain sarung, tetapi pada zaman yang serba moden ini, fesyen kebaya telah dimodifikasi oleh pereka fesyen dengan gaya yang lebih moden dan fleksible.

Di sini terdapat beberapa fesyen Baju Kebaya yang telah diberi nafas baru untuk tatapan para wanita di OHBULAN! :

Kebaya berona unggu ini sangat sesuai untuk digayakan oleh Raja Sehari. Perincian manik-manik yang sedikit sarat dibahagian atas kebaya ini menampilkan lagi kejelitaan buat si Raja Sehari. Selain itu, bahagian kain yang direka sedikit kembang dan ditambah dengan perincian flora di bahagian kaki kebaya menyerlahkan lagi pesona dan keanggunan si pemakai.

Kebaya panjang berona biru gelap dan dimadukan dengan sedikit rona kelabu dan hijau ini kelihatan sungguh menarik dan klasik. Padanan rekaan kerawang dibahagian dada dan bahagian atas kebaya memberikan imej keayuan buat si pemakai. Potongan kebaya panjang yang mengikut bentuk badan ini menyerlahkan lagi keterampilan dan kelangsingan tubuh si pemakai. Disamping itu, tambahan perincian manik-manik yang sedikit sarat menyerlahkan lagi imej kemewahan untuk fesyen Kebaya Moden ini.

Kebaya berona biru yang dipadankan dengan kain songket ini kelihatan sungguh cantik dan menarik. Walaupun materialnya adalah sedikit klasik, tetapi ia telah dimodifikasikan dengan potongan baju yang sedikit moden iaitu ala kardigan pendek.

Kebaya panjang berona coklat keperangan ini sangat sesuai untuk digayakan pada majlis persandingan. Walaupun rekaan kebaya ini kelihatan sedikit ringkas, tetapi ia tetap kelihatan menarik apabila dipenuhi dengan manik-manik yang sedikit padat. Disamping itu, ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri klasik tradisional kerana material kainnya adalah bercorak batik moden.

Rata-rata Raja Sehari masa kini menggayakan baju kebaya moden untuk setiap persalinan mereka. Ini membuktikan bahawa Baju Kebaya masih lagi mendapat tempat di hati golongan wanita dalam berfesyen.

Sumber : Sensasi Selebriti, Wikipedia

SKIP THIS AD ×