berita

Fesyen Terbaik Victoria Beckham 2013

September 25th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Victoria Caroline Beckham atau dikenali sebagai Victoria Beckham atau Posh merupakan isteri kepada bintang bola sepak sensasi David Beckham ini sering tampil dengan fesyen tersendiri. Beliau yang merupakan pereka fesyen bagi jenama Victoria Beckham sering bermain dengan rona warna eksklusif dan reka bentuk yang menawan. Kini Ohbulan! menampilkan reka bentuk memukau yang dihasilkan oleh beliau bagi musim 2013.

Penyanyi ke pereka fesyen, pasti sukar bagi sesetengah orang. Namun empayar fesyen Posh kelihatan berjaya dalam melakukan perubahan kerjaya sehinggakan ianya memberikan hasil yang baik kepada beliau.

Beliau yang bijak bereksperimen tidak melupakan untuk mengekalkan pakaian klasik dalam bergaya, malahan sifatnya yang rajin bereksperimen dengan gaya terkini mampu membuktikan bahawa beliau sememangnya fashionista yang berjaya. Hasil pengguna rona warna daripada hitam, putih, kelabu gelap dan merah, maka terhasillah ciptaan Victoria Beckham buat si pemakai untuk musim 2013!

Berikut merupakan foto-foto fesyen Victoria Beckham bagi musim 2013 :

SKIP THIS AD ×