Drama Cinta Pendek Menyayat Hati, Wind Chimes In A Bakery - OHBULAN!

berita

Drama Cinta Pendek Menyayat Hati, Wind Chimes In A Bakery

July 29th, 2013 | by Ell | 2 comments
Video Popular

Screen Shot 2013-07-29 at 2.54.28 PM

Tak kira dimana saja, filem cinta pastinya akan menjadi kegemaran para penonton filem mahu pun drama televisyen. Tapi, pernahkah anda menonton drama pendek bersiri, namun lebih menyentuh hati dan perasaan?

Terbaru, jenama telefon pintar terkenal Samsung telah melancarkan drama cinta pendek bersiri, Wind Chimes in a Bakery di laman Youtube rasmi mereka. Baru saja memasuki episod ketiganya semalam, drama yang mempunyai 8 episod ini telah mula disiarkan pada 20 Julai lepas dan kini sudah mencatatkan hampir 500 ribu jumlah tontonan untuk episodnya yang pertama.

Drama web bersiri ini mengisahkan tentang percintaan diantara Adam dan Sue. Mereka pertama kali bertemu ketika Adam sedang menjual roti inti kacang merah disebuah bazaar dan di sanalah Adam telah jatuh hati pada Sue.

Tak bertepuk sebelah tangan, tidak lama kemudian Sue juga jatuh cinta kepada Adam dan disaat perkenalan mereka, Sue mendapati Adam mempunyai minat terhadap bidang bakeri.

Screen Shot 2013-07-29 at 2.49.03 PM

Watak Sue lakonan Koe Yeet

Namun, sebuah tragedi telah melanda mereka berdua dan apa yang tinggal pada Adam hanyalah memori yang telah dirakamkan oleh Sue melalui telefon pintar miliknya.

Screen Shot 2013-07-29 at 2.48.32 PM

Antara sedutan dari drama web bersiri Wind Chimes in a Bakery

Segala perkara yang pernah mereka lalui sebelum ini hanya tinggal kenangan dan Adam terkapai-kapai mencari hala tujunya semula. Apakah sebenarnya yang berlaku? Mampukah Adam berdiri semula dan mengejar impian serta cintanya?

Secara jujurnya, drama yang diinspirasikan melalui kisah cinta Korea ini benar-benar menyentuh hati OHBULAN! dan ia juga mempunyai kualitinya yang tersendiri. Menariknya, pengarah Wind Chimes in a Bakery adalah seorang warga Korea, Jang Jae Hyeok, manakala dramanya pula dibintangi oleh Ahmad Nabil dan Koe Yeet.

Saksikan episod ke-4 Wind Chimes in a Bakery yang bakal ditayangkan pada 3 Ogos (Sabtu) ini di laman Youtube Samsung Malaysia. Bagi anda yang terlepas episod 1-3, sila tonton segera di laman Youtube mereka.

Mari tonton trailer drama web bersiri Wind Chimes in a Bakery selepas ini ya!

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

2 Comments

  1. EUNJISHIBTHAAOI says:

    mana tak cantik……….dh pengarah drma youtube ni katanya pengrah yg pernah mengarahkn drama korea..rasa2nya pernah nmpak lh gadis yg main wtk sue nih..tp tak ingat kat mana…ade sesipa yg kenal…can’t u tell me??

    (0)
  2. EUNJISHIBTHAAOI says:

    alang2..apasal tak trus buat drma sekali..cun sgat lh cinta lelaki melayu thadap gadis cina..

    (0)