Laman Utama » Antarabangsa

Bertambah senyum Remy Ishak & Maya Karin apabila filem CUN yang ditayangkan pada 31 Mac lepas telah berjaya mengutip sebanyak RM700 ribu dalam masa seminggu. Pihak produksi juga menjangkakan mereka akan mengutip RM1 juta menjelang hujung minggu ini. Tahniah kami ucapkan kepada krew produksi.
Daripada respon minggu pertama, pihak penerbit mendapati kutipan untuk minggu ke dua semakin meningkat jumlah penontonnya dan ini membuktikan yang penonton telah memberikan maklum balas dan respon yang baik serta turut membantu promosi secara tidak langsung.
Pihak pawagam juga sudah bersetuju untuk melanjutkan tempoh tayangan filem CUN ini ke minggu–minggu yang seterusnya. Pihak penerbit sangat optimis bahawa kutipan filem CUN akan terus meningkat dari hari ke hari walaupun terpaksa bersaing dengan filem – filem baru lain dipawagam pada minggu akan datang.
Anda yang masih belum menonton, baca review kami di Review Filem Cun : Maya Karin & Remy Ishak Couple Of The Year!





betul ke? kalau cam raja azmi n si rozmi?
ishhh best ke cite ni? xminat la remy n maya -;-”
Boleh tu..boleh…msa teman tgk hari ke 2 pun pawagam penuh. termasuk budak2.
Pemandangan yang benar2 cantik terutama rumah kampung. Anak teman dh pakat dgn kwn2 dia nak p tgk esok petang. Siap promote lagi…2 team netball nak p serang JJ hanya kerana CUN….
nampaknye, kak maya lagi busuk la badannye..berendam kat dlm bendang tuh..:)
Dah tengok movie ni semalam. memang best, gelak tak kering gusi, sampai keluar air mata. part sedih pun boleh keluar air mata jugak.
pelakon2 dia sumer cam natural je berlakon, takde yg dibuat2 except ning baizura n jehan miskin. spoil skit 2 org ni. yg lain2 especially kat kampung sumer best.
pendek kata, tak rugi la keluar duit tengok kat wayang. takde la mcm sesetengah filem yang better tunggu raya je.
mmg terbaik ar..gandingan yg mmg mantap maya karin n remy ishak..
tahniah kepada para penerbit..
Oh, filem ni memang best. Aku nak tengok lagi sekali. Kelakar pulak.
The woman beater & the beautiful lass.
suker dua ni..jadi nak sangat tengok citer ni..ahha
Rilly love dis movie….So sweet especially MAYA KARIN….love to see u acting so real… Maya u are unbelievable…..
filem cun memang melecun. lawak gila.
tbaek la remy..keep it up bro
KL gangster 6 juta tak sampai seminggu tu.
name lagi gangster sbb 2 6juta.