Laman Utama » Advertorial

Bakal ke pawagam 23 Februari ini, filem “Fist Of Dragon” arahan Michael Chuah sebenarnya mempunyai banyak masalah di awal penerbitannya.
Menurut pengarah “Fist Of Dragon”, filem yang ditonton oleh penduduk Singapura dan Malaysia adalah berlainan dari yang akan ditayangkan di China. Ini kerana kerajaan China mengharamkan unsur-unsur kongsi gelap yang terlalu menonjol di dalam filem “Fist Of Dragon”.
Kesemua aksi gangsterisme telah dibuang untuk “Fist Of Dragon” versi negara China, manakala yang akan ditayangkan di Malaysia pula akan mengekalkan elemen asal tetapi hanya boleh ditonton 18 tahun dan keatas saja. Ini pasti akan meningkatkan lagi adrenalin penonton filem aksi anak tempatan, Michael Chuah.
“Antara cabaran paling hebat adalah apabila filem ini tidak mendapat kelulusan dari kerajaan China kerana elemen kongsi gelap. bagi menyelesaikan isu itu, kami terpaksa menyiapkan satu lagi filem berbeza bagi mendapatkan kelulusan. Dan ini menjadikan filem Fist of Dragon di China berbeza dari apa yang ditayangkan di negara kita.” dipetik dari Utusan Malaysia
Penuh dengan cabaran, filem ini bakal membuka mata anda semua. Jadi, bersedialah pada 23 Februari ini! Filem ini akan ditayangkan di semua pawagam di seluruh Malaysia. Mari lihat trailer “Fist Of Dragon” selepas ini ya!





Sebab ?”@ohbulancom: OHBULAN!: Filem “Fist Of Dragon” Digam Di Negara China! http://t.co/6DUVIZ15“
Untuk peminat tegar Young & Dangerous..mesti kena tengok nih :)
wowoowow….. fiona xie…. bergegar…
“Fist of Dragon” di gam di China kerana ada unsur kongsi gelap dan gangsterisme tp kt Malaysia leh plak? no wonder kes buli, rompak, samun dan ragut makin berleluasa kat Malaysia ni..sepatutnya Malaysia pun haramkan semua filem2 yg ada unsur2 ganas, gangsterisme dan kongsi gelap tak kira filem luar mahupun filem tempatan lebih2 lagi yang dilakonkan oleh pelakon berbangsa MELAYU. kat panggung leh la kontrol penonton bawah 18 tahun tp penjual cd piracy?youtube?blog?kedai cd ori pun x leh kontrol orang yg nak tgk filem2 camni kan..
setuju!!!!
Movie opens in Malaysia and Brunei today, but got banned in? ?????????????????????? Filem mulai tayangan hari ini… http://t.co/tS4YFbo9
dh tengok semalam..mmg unsur gansterism keterlaluan..seriau rasanya..tapi kelakarnya tyko leh mati nga cara cukup mudah..kena inject dgn manusia yg dijadikan experimen..hehe..