berita

Filem Kolumpo Lancar Video Sokong 60 Earth Hour

March 21st, 2013 | by Ell | 0 comments
Video Popular

Filem Kolumpo Lancar Video Sokong 60 Earth Hour

Anda tahu filem ‘Kolumpo’? Filem ini bakal dilancarkan tidak lama lagi dan akan turut dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, dan juga Shoffi Jikan.

‘Kolumpo’ mengisahkan tentang 3 buah cerita berlainan, namun itulah yang membentuk ‘Kolumpo’ itu sendiri. Dari kisah seorang pekerja asing yang hilang arah tuju, kemudian seorang gadis yang tidak mahu menjawab panggilan ibunya secara tidak sedar rupanya membantu seorang perempuan nyanyuk mencari rumah. Dalam setiap kehidupan, cinta juga bakal disulam apabila seorang lelaki dan seorang gadis telah bertemu di tren terakhir.

Tapi bukan itu yang mahu kami ketengahkan. Ringkasnya disini, ‘Kolumpo’ telah bekerjasama dengan Boxhead Crew menghasilkan sebuah video berdurasikan 38 saat untuk menunjukkan sokongan mereka sempena sambutan “60 Earth Hour”.

“60 Earth Hour” adalah sebuah kempen kesedaran dimana rakyat Malaysia diminta menutup lampu pada 23 March (sabtu) , 8.30 malam selama 60 minit (1 jam). Ia terpulang pada anda, tapi kami di OHBULAN! akan menyokong kempen kesedaran ini.

Apa pun, mari saksikan video kreatif ‘Kolumpo’ untuk “60 Earth Hour” lepas ini ya.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

Comments are closed.