berita

Filem Pendek ‘Potong Bawang’ Paling Win Untuk Raya Tahun Ini

July 15th, 2015 | by Ash Nordin
Video Popular

bettertomorrow

Bila sampai saja musim raya, mesti ramai yang suka potong bawang. Setiap tahun akan ada cerita-cerita yang menyentuh perasaan dan mesej yang mendalam.

Filem pendek yang akan kami kongsikan ini mampu membuatkan korang semua menitiskan air mata, kisah kesedaran rohani  ini menceritakan bertapa bermaknanya nilai hubungan kekeluargaan walaupun berlainan agama dan bangsa.

Masa awal-awal tengok memang tak faham, tapi lepas ulang kali ke-2 air mata turun dah macam air terjun dah. Jadi, sebelum korang tengok video ini meh sini kami jelaskan sedikit jalan ceritanya.

FITRAH #bettertomorrow

bettertomorrow2

Filem pendek ini menceritakan kisah seorang ayah terhadap anak angkatnya walaupun berlainan bangsa dan agama.

Sepasang suami isteri dari berlainan bangsa iaitu Melayu dan Cina, Yassin dan Mary Anne baru sahaja melahirkan anak sulung di rumah kakaknya.

Kakaknya mempunyai seorang anak lelaki, pada suatu hari kakak kepada Mary Anne meninggal dunia dan tinggal lah anak lelaki ini keseorangan. Yassin sekeluarga mengambil keputusan untuk menjaga anak itu dan memberikan sepenuh kasih sayang sehingga dewasa.

Apabila menjelang dewasa, anaknya berjaya menjadi seorang doktor gigi dan membuka klinik sendiri. Beliau seorang yang kerja kuat dan gemar mengembara, suatu hari dia menerima panggilan bahawa ayahnya sudah tenat.

Namun, ketika anaknya sampai rumah kelihatan orang ramai berkumpul di hadapan. Adiknya menjelaskan bahawa ayah (Yassin) sudah meninggal dunia. Walaupun ayahnya sudah tiada, namun ia masih hidup didalam hatinya.

Sebenarnya, cerita ini merupakan sambungan daripada filem pendek untuk Tahun Baru Cina yang lepas, kisah ini juga amat menyentuh hati kami. Kalau korang mahukan gambaran lebih jelas, disini kami kongsikan videonya.

Jadi, korang akan mudah faham dengan jalan cerita ini. Good Job MAS! Eh, korang janganlah nangis .

BLESSINGS #keepflying

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×