berita

Filem Skinhead Ophilia Target Kutipan 5 Juta

December 19th, 2014 | by Noraniza
Filem Tempatan

10802867_395194550637098_291917485_a

Skinhead. Berkepala botak, berseluar ketat, pakai kasut but dan ganas. Itu persepsi awal kami. Kami hairan kenapa pengarah Ophilia mahu menampilkan jalan cerita mengenai kumpulan skinhead dalam filemnya itu. Malah, apa yang membuatkan Raja Mukhriz berani untuk target kutipan sebanyak 5 juta?

Ophilia Kini Trending Di Twitter

ophilia 1

Barisan Pelakon Yang Awesome

ophilia

Pekin Ibrahim, Que Haidar, Vanida Imran, Zizan Nin dan ramai lagi. Kami percaya bahawa pengarah filem ini, Raja Mukhriz bakal berjaya mencari chemistry luar biasa antara barisan pelakon yang mantap ini. Malah, filem ini juga menampilkan bintang baru, Kodi Rasheed sebagai watak utama. Menarik kan?

Ophilia Bawa Kisah Disebalik Asal Usul Skinhead

MV5BMTgyMzA0NzczNF5BMl5BanBnXkFtZTgwNDI1OTA1MzE@._V1_SY317_CR2,0,214,317_AL_

“Ramai tidak tahu 90 peratus daripada mereka yang menggemari dan mengamalkan budaya popular ini adalah golongan pekerja yang menjadi penyumbang kepada ekonomi negara.

‘Skinhead’ antara sub budaya hebat yang berkembang dalam masyarakat tempatan. Pandangan negatif ‘skinhead’ membawa fahaman Nazi dan perkauman juga tidak benar.

Mereka yang membuat tang­gapan sedemikian sebenarnya tidak faham, sedangkan ia lebih mementingkan semangat setia kawan.” – Raja Mukhriz, laporan Harian Metro

Mungkinkah filem ini bakal memberikan nafas baru terhadap industri filem Malaysia yang agak sendu kutipannya tahun ini? Jika ya, ternyata kami tak sabar untuk menulis mengenai berita baik itu!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×