Finalis Hero Remaja 2012, Fattah Amin Playboy? - OHBULAN!

berita

Finalis Hero Remaja 2012, Fattah Amin Playboy?

November 8th, 2013 | by Ai | 35 comments
Filem Tempatan

Playboy Itu Suami Aku (3)

Melihat tajuk diatas, pasti ramai tertanya-tanya. Setahu OHBULAN!, Fattah Amin bekas finalis Hero Remaja 2012 ini baru nak mengembangkan sayapnya dalam bidang lakonan.

Namun sebenarnya, Fattah Amin atau lebih mesra dengan panggilan Fattah ini bukanlah playboy, tetapi itu hanyalah dalam drama yang bakal disiarkan mulai 11 November ini setelah drama Love You Mr.Arrogant menutup tirai.

Drama ini turut diserikan dengan kehadiran pelakon baru yang sedang meningkat naik, Nur Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim yang popular dalam telemovie Bukan Cinta Monyet.

playboy 3

Drama berjudul Playboy Itu Suami Aku ini mengisahkan tentang Raja Adrian Benjamin (Fattah) seorang lelaki kaya yang terpaksa berkahwin dengan calon pilihan ibunya Afina Aulia lakonan Nur Risteena walhal Adrian merupakan kekasih kepada Fisya (Cha cha Maembong).

Dalam pada itu, Adrian yang juga seorang kaki perempuan sentiasa menunjukkan sikap egoisnya terhadap Afina. Setiap kali mereka bertemu,  pasti akan berlaku pertelingkahan. Tetapi lain pula bagi Afina, dia sentiasa mengalah dengan setiap perbuatan Adrian kepadanya.

Kisah ini bermula ketika Afina dan Syaf (Wan Sharmila) bertemu dengan ibu Adrian Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) untuk menempah gubahan bunga.  Pertemuan tersebut membuatkan ibu Adrian terpikat dengan kesopanan dan kelembutan peribadi yang dimiliki oleh Afina.

Playboy Itu Suami Aku (2)

Atas desakan ibunya, Adrian terpaksa akur untuk memperisterikan Afina. Dalam mengejar matlamatnya untuk memiliki jawatan CEO Kiara Emas, dia terpaksa meninggalkan Fisya dan mengahwini calon pilihan ibunya.

Pelbagai ujian dan rintangan datang bertalu-talu setelah Afina dan Adrian berkahwin. Malah, hubungan mereka juga dicemburui oleh Fisya. Dendam Fisya yang kian memuncak turut mengheret Nazri ( Jay Iswazir) dalam rancangan jahatnya.

Dalam pada itu, Afina telah disahkan menghidap penyakit Amnesia. Kesan daripada penyakit tersebut, perwatakan Afina berubah secara drastik. Fisya pula tekad meninggalkan Malaysia dan menyambung pelajaran di luar negara.

playboy

Bagaimanakah kesudahannya? Apakah yang terjadi pada rumahtangga mereka nanti? Nantikan lakonan mantap mereka dalam drama siri terbaru slot akasia setiap isnin hingga khamis jam 7.00 petang, Playboy itu Suami Aku.

35 Comments

  1. matahati says:

    Heroin tu macam muka erin malek!

    (0)
    • Olga says:

      First and foremost Fattah ni bukan Finalis Hero Remaja 2013 tetapi JUARA HERO REMAJA 2013!
      Ko ni OB x reti buat research ke?

      2nd – another cite lelaki kaya – kena kawen paksa – benci – gaduh2 – dendam org ketiga – mak mentua/ family benci menantu – pelbagai rancangan jahat utk singkirkan heroin – mula timbul sayang suami isteri – kemuncak dendam org ketiga – hubungan cinta semakin kuat – org ketiga mendapat balasan – org yg membenci mula insaf – family bersatu – bahagia – TAMAT!

      ZzzzzZZZZZZZZZZzzzzzzzzzz…. penerbit drama Malaysia semakin BODOH x100!

      (0)
      • Olga says:

        Nota Tambahan :

        Pelakon lelaki ni a.k.a Fattah ni sangat KAYU JATI ok berlakon! Oernah tgok dia berlakon dlm dlm 1 drama.. Perghhh memang KAYU habis!
        ni stok2 harap kan muka je la ni.. untuk REMBESAN makcik2 peneroka FELDA, geng2 tudung Pareeda, rakyat2 keje gomen pukul 4 dh balik rumah, warga2 Flat PPRT Kerinchi, minah2 kilang shift siang, bohsia2 & hadek2 sekolah menengah baru nak naek…

        (0)
        • DramaChinta says:

          sangat setuju Olga..Lambakan pelakon baru untuk penonton2 begitu.Takde masa nak tengok pelakon baru berlakon, semuanya kayu je tgk berlakon..

          (0)
        • dian says:

          bukan si Fattah ni dalam cerita Cinta Jannah ke…bestfriend si Aeril Zafril…kan kan kan

          (0)
        • Mimiey Zarina says:

          OLGA mulut macam longkang! hrmjadah si olga ni!

          (0)
        • kak anon says:

          true..
          yang belum ada cuma teknik kamera close up 78 kali kat muka pelakon tiap kali ada “scene penting”..
          yang lain semua dah ikut resepi sinetron..

          (0)
        • mia says:

          adoi olga, mmg gelak guling2 aku baca komen ko..siap ley tau market penonton untk cite mcm ni..

          (0)
        • eleh says:

          ya allah olga, kekadang aku memang rasa ko mulut puaka tak tentu arah, tapi demographic sangat tepat nih!!!!

          (0)
          • orochimaru says:

            100% sokong Olga esp tang penonton2 drama melayu..bab org yg keje gomen tu mmg sah2 btol…haha

            (0)
        • ct hajar says:

          kate je la yg sebenarnye kau jeles dgn fattah amin tu sbb dye hensem an !

          (0)
  2. noni says:

    Asyik sm jer jln cerite…kawen pakse lg….adoh……ubah la jln cerita tue….ending nanti konfemla kedua2 yg kawen pakse tu jth cinte….

    (0)
  3. syim says:

    yg pntg last skli hepi ending..kn3.. :D

    (0)
  4. Shhh says:

    hero alah suara kiut sgt…bosan doh..

    (0)
  5. rozi says:

    Hope drama sebaik dan seindah novel nya..

    (0)
  6. gayah says:

    lepas kawen mengandung… Pastu muntah2…. Pastu minum… Pastu makan.. Pastu insaf… Pastu jadi gila!!!

    (0)
  7. adik olga says:

    Bosan la mak tgk cite camni hoi,,xd cite seram ke ,advanture skit ke,asek2 cte same je,myampah mak tawwww ummmmhhhhh

    (0)
  8. aisyah says:

    Adehhh asyik kahwin paksa je..matlamatnya nk dptkn harta..semata mata nk harta, snggup kahwin ngn org yg x dikenali. X pyhla nk ikot novel sgt…bosan..jln cerita yg sgt cliche!! Kenapa mesti kahwin paksa, laki kaya,pmpuan miskin, laki suka marah2, org ketiga….adeh..bosanlah…xpayahla tgk drama yg nth pape mcm ni .biar rating turun.. hahaha

    (0)
  9. Mimiey Zarina says:

    OLGA mulut macam longkang!

    (0)
  10. bluR says:

    dari tengok cerita melayu sekarang lebih baik tengok cerita tamil. lagi best jln cerita…

    (0)
  11. Drama Melayu cam Harom says:

    Baik g smayang magrib pastu tengok drama korea.lg pelbagai.haktuiih!!!

    (0)
  12. Drama Melayu cam Harom says:

    Baik g smayang magrib pastu tengok drama korea.lg pelbagai.haktuiih!!!

    (0)
  13. k says:

    aduiyai..sekarang ni ade lagi ke kawen2 pakse erk..pelik aku..novel sekarang ni pon asyik2 cite pasal kawen pakse xhabes2..lame2 pembaca pon boring.produser pon mesti xde modal nak buat cite agaknye..tgk cite korea lg bgus..even cite selalu cinta 3segi,tp pembawakkan n jln cite dorg tu berlainan..fuh..

    (0)
  14. abang kawasan says:

    Gini ke rupa hero remaja
    Ooooiiii kalau nak jadi hero remaja
    Amir rajalawak baru betol contohnya

    (0)
  15. cik nur says:

    jln citer semua sama…
    x yah tgk… baik g solat maghrib jer..

    (0)
  16. lala says:

    Disebabkan astro da tak amik..smlm pn bukaklah drama playboy itu suami aku…gile kau nyah hero n heroin dia mmg sumpah tak pandai berlakon..berlakon mcm kayu jati untuk dibuat katil..keras je..terutamanya si fattah tu la..yg heroin nya pulak mcm over skit bila berlakon..novel nye da seronok da..jalan cerita da cantik..mashaallah pelakon nya pulak tak kena..apa la nak jadi kan ramai lagi pelakon kat luar sana cuba la buat screen test dulu ke sbelum amik berlakon ke hape..adoyaii..dari nak tgk jadi malas nak tgk…lebih baik layan cerita korea baru who are you..taecheon heronya..kuikuikui.. :p

    (0)
  17. kasih says:

    aduh tgk first episod dh boring…pelakon semua x best…nak2 lagi hero kayu giler pastu cam lembut semacam jer bukan macho..ada satu babak tu bila dia nk angkat telefon sambil berpaling dari herion tu..choiiiii sgt…ala2 lelaki gedik lak…uwekkk

    (0)
  18. ayam says:

    Mcm tu ke rupa playboy melayu..phuiii hancorrr bekecai, belakon keras mcm pelir yg dah stim,
    rupa tak berapa nk ado muka penagih dadah ada le..heroin control ayu , seolah2 membaca skrip,

    mr arrogant mmg arrogant tx bleh nk lawan.

    harap2 pengarah ni boleh nampak kekurangan lakonan hero & heroin playboy itu suami aku.

    (0)
  19. qai says:

    dripade x de cite ,, nnty salahkn artis gak,,, ape kejadah !

    (0)
  20. oke says:

    OLGA ko pun x bt research btul2 gak!mana ade org keje gomen balik kul 4!plg awl blik pun kul 4.45pm hokeyy!

    (0)
  21. unknown says:

    Rasanya korang tak perlu kot nak kutuk . Buat tambah dosa je . Orang melayu mulut semua lancang …

    (0)
  22. madam N says:

    Mulut celupar…siap kata kayu la…, tak da pun…boleh je si Fattah tu berlakun. takkan nak menjerit2…watak…menangis2…nak buat tak kayu….cuba kau orang berlakun…pandai nak kutuk..jaga mulut..yg pasti drama ni membuatku ternanti2..

    (0)
  23. ct hajar says:

    mereka suma cute .. hoho ! good luck ! sya peminat no.1 citer ni taw2 !! caiyyok fina !

    (0)
  24. ct hajar says:

    hang sumo kutuk2 ni pandai sgt ke berlakon ah ???
    dye kan baru je berlakon .. baru nak up ! patutnye doa kan dye insap ke an .. ni x .. kutuk2 je x gne ..
    kalau dye kecik aty cm ne ?? kene mintak maaf la kat dye ~ adoyy .. ! aq peminat no 1 citer ni tau ! kau jgn memain ! -.-

    (0)