berita

Fizz Fairuz Elak Almy Nadia Stress Selepas Usia Kehamilan Dipertikai

July 10th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Fizz Fairuz

Ingat lagi tak beberapa hari lalu OHBULAN! ada memaparkan berita mengenai kehamilan pelakon jelita Almy Nadia? Alhamdulillah, rupa-rupanya kandungan Almy kini sudah memasuki usia 5 minggu.

Artikel Berkaitan : Betul Ke Fizz Fairuz & Almy Nadia Bakal Timang Cahaya Mata Sulung?

Namun, dalam kegembiraan bakal bergelar ibu, isteri kepada Fizz Fairuz ini turut menerima fitnah hingga ada yang mempersoalkan tentang kehamilan dan usia kandungannya.

Dek kerana itu, Fizz Fairuz ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana Filem Mat Tudung memberitahu dia langsung tak ambil pusing mengenai tohmahan tersebut.

almyhamil

Kalau nak tahu, pendekatan yang diambil oleh Fizz dan Almy adalah mengambil langkah berdiam untuk mengelakkan Almy bertambah stress.

Kalau mereka bercakap di Facebook dan Twitter saya, dah tentu saya bantai balik, tapi secara baiklah. Biar mereka terfikir sendiri apa yang mereka cakap. Nak pertikai mengenai kehamilan sedangkan mereka sendiri tak tahu usia perkahwinan kami.

Saya ada cakap pada Almy, kalau orang bercerita bukan-bukan, jika kita rasa tak elok tak payah layanlah. Benda macam ni kita layan sikit akan merebak jadi besar, jadi diam sajalah. Saya ajar dia untuk tak ambil peduli sebab ibu mengandung ni tak boleh tertekan. Biar orang nak cerita apa, kita senyum je.

Kalau korang nak tahu, Fizz dan Almy sama sekali tak berniat untuk merahsiakan kehamilan tersebut tetapi perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu.

Fizz-Fairuz-Almy-Nadia-11

Malam dia buat ujian kehamilan itu, dia ada beritahu saya. Tetapi, saya tak mahu umum apa-apa sebab benda belum sahih, esoknya bila jumpa doktor barulah Almy disahkan hamil.

Bukannya kami nak sorok, malam tu Almy teringin kirim kuih pada kawannya, kemudian kawan dia dapat agak dia mengidam. Tapi, sebelum rakannya memuat naik status tersebut, dia ada beritahu Almy. Saya tak nampak ada masalah kalau kawan dia kongsi berita ini pun.

Itulah penjelasan panjang lebar dari Fizz Fairuz. Kami harap pihak yang mempertikaikan kehamilan Almy Nadia supaya hentikan segera perbuatan memfitnah ini, bukankah lebih elok kita doakan yang baik-baik sahaja. Betul tak?

Apapun, buat pasangan sama cantik sama padan ini, tahniah kami ucapkan dan semoga selamat semuanya.

SKIP THIS AD ×