berita

Foto: Adakah BMW i8 Ini Hadiah Dari Putera Charles Untuk Sultan Johor?

March 26th, 2015 | by Ai
Kini Trending

BMW-i8-sultan

Wowwwwww! Kami terkagum sebentar sebaik terpandang gambar sportscar mewah ini yang dikatakan adalah hadiah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar daripada Putera Charles.

Bukan calang-calang hadiah nampaknya. Ini kerana mengikut pasaran semasa, anggaran harga kereta berkenaan dicatatkan bernilai antara RM1.2 – RM1.4 juta bersamaan dengan (USD) $ 350,000 – $ 400,000.

Kalau nak tahu, BMW i8 ini mengambil masa lebih kurang 4.4 saat untuk memecut dari 0-100 km/h dan kelajuan maksimum 256km/h. Rasanya kalau kereta ni lalu sebelah kita di highway pun tak perasan sebab laju sangat. Hehe.

visions-03

Menurut Malaysian Digest, laman Facebook Brotherhood JOHOR telah berkongsi gambar kereta berkenaan yang bernombor pendaftaran GV64 FKW.

Difahamkan, kereta itu dihadiahkan bersempena dengan Kemahkotaan Sultan Ibrahim tempoh hari.

Bagaimanapun, foto berkenaan telahpun dipadam tidak berapa lama kemudian. Jika berita ini benar, pemberian berharga itu membuktikan hubungan rapat antara pemerintah Johor dengan kerabat diRaja Britain.

Lagi Foto BMW i8 Yang Menggiurkan

bmw-640x480

bmw2-640x480

SKIP THIS AD ×