berita

Foto : Aidil Zafuan Dan Zarema Berbulan Madu Ke Krabi

April 22nd, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Zarema Aidil

Mana-mana pasangan yang baru berkahwin pasti menginginkan percutian ke destinasi indah seperti Maldives, Bali dan banyak lagi. Namun, Kepulauan Krabi telah menjadi pilihan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal sebagai lokasi berbulan madu.

Tidak dapat dinafikan Krabi merupakan satu destinasi percutian yang sangat menarik, kerana keindahan pantai ditambah dengan desiran ombak yang pastinya memukau siapa saja yang kesana.

Kalau nak tahu, pasangan ini telah mendirikan rumahtangga sekitar Mac lalu, tetapi mungkin kerana jadual Aidil yang padat sebagai pemain bola sepak, baru kini mereka berpeluang untuk honeymoon.

Screen Shot 2014-04-21 at 4.54.35 PM

Melalui laman instagram milik Zarema, beberapa keping foto telah dimuat naik dan menunjukkan pasangan ini seronok berbulan madu dan tidak melepaskan peluang mencuba pelbagai aktiviti menarik disana.

Selain menyelam skuba, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati makan tengah hari di tepi pantai. Romantis kan?

Bahkan, selain bermain ombak ditepi pantai, pasangan ini juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pertandingan Muay Thai yang terkenal di Thailand.

Apapun, kami doakan semoga pasangan merpati dua sejoli ini dimurahkan rezeki dan cepat dikurniakan cahaya mata. Kepada pembaca setia kami, jom kita lihat dulu foto-foto bulan madu Aidil dan Zarema.

 

SKIP THIS AD ×