berita

Foto Almy Nadia Makin Cantik Glowing Tunjuk Baby Bump

October 1st, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-10-01 at 3.42.03 PM

Rasanya memang tahun ni menjadi tahun paling ramai selebriti bakal menambah bilangan ahli keluarga mereka. Antara yang sedang menantikan detik manis tersebut adalah Almy Nadia dan suaminya Fizz Fairuz.

Bergelar suami isteri pada 26 Mei yang lalu, ternyata doa pasangan ini untuk memperolehi cahaya mata dikabulkan apabila berita Almy mengandung mula tersebar pada bulan Jun. Bunting pelamin katanya.

Sedang meniti saat-saat bermakna mengandungkan anak sulungnya, Almy dilihat banyak memuat naik foto yang menunjukkan ‘baby bump’nya yang semakin membesar. Memang sweet momentlah!

Screen Shot 2014-10-01 at 3.32.15 PM

Walaupun berbadan dua, Almy masih lagi mampu tampil cantik menawan macam zaman anak dara. Mukanya tampak lebih berseri-seri gitu!

Setahu kami pasangan ini masih lagi belum mendedahkan jantina anak sulung mereka ni. Namun, Almy pernah memberitahu bahawa jantina anak bukanlah satu keutamaan buatnya dan suami.

Sebaliknya mereka berharap agar anak yang dikandung lahir dengan keadaan yang sihat walafiat dan segalanya berjalan lancar. Ha.. jomlah intai sikit beberapa foto Almy dan ‘baby bump’nya yang kiut-miut tu.

Kredit foto: Instagram Almy Nadia & Fara Fauzana

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×