berita

Foto Anne Ngasri Selamat Bertunang Dengan Ahli Politik

November 12th, 2012 | by Noraini Nasir | 18 comments
Lensa Insta

Setelah percintaan antara Anne Ngasri dan Aliff Azizi kecundang pada September lalu, sebuah berita yang amat memeranjatkan OHBULAN! semalam, apabila Anne Ngasri dikatakan telah bertunang dengan seorang ahli politik berstatus duda yang dikenali sebagai Mohd Sumali Reduan yang ketika ini merupakan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO.

Menurut laporan Berita Harian, Anne sendiri akui pertunangannya hanya melibatkan ahli keluarga terdekat dan seluruh ahli keluarga merestui hubungannya bersama ahli potitik tersebut.

“Bagaimanapun, majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami sahaja. Cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang.”

“Kalau tiada aral, Disember 2012 ini menjadi pilihan kami untuk nikah.”

“Dia betul-betul ikhlas mengenali saya, keluarga pun suka dan kami sedang merencana ke peringkat seterusnya iaitu untuk mendirikan rumahtangga bersama-sama.”

“Dia bukan suami orang dan paling penting keluarga merestui hubungan ini,” ujar Anne mengenai majlis pertunangannya.

Majlis ini telah diadakan di kediaman keluarga Anne Ngasri sendiri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Berikut merupakan beberapa foto pertunangan Anne Ngasri bersama pasangannya Mohd Sumali Reduan yang diambil daripada beberapa sumber.

18 Comments

  1. Firhad says:

    Hrm. Biasanya kalau bertunang, ibu/makcik/keluarga perempuan pihak lelaki yang akan sarungkan cincin. Lainlah kalau nikah. Betulkan jika saya silap.

    (0)
    • Olga says:

      mak aihhhh! kalau gini la gayanye baik la c Aliff Aziz tu Ann oi! hensem pun hensem! kalau ko nk kejat duit sgt cari la yg muka manis sikit! aku rasa ramai je VVIp yg ada rupa! tu ha kerabat SM tu hensem2! teruk betol taste ko Anne oi! ni x lama lah ni aku rasa.. x lama lg mesti putus tunang!

      (0)
  2. miasara says:

    aik blom kahwin dh boleh sarung cincin yek???.. makin parah ni…

    (0)
  3. lilo says:

    Baju laki tu cam baju ayah aku la.. Tapi ayah aku ensem lagi

    (0)
  4. cuntek says:

    Mintak maap lah.. rasanya mcm tak …… lah… . entahlah…kenapa yg lelaki nie tetiba sarung kan cincin lak..bukan muhrim lagi tu.

    (0)
  5. ain hawani says:

    patot la putus dgn alif aziz..opsss

    (0)
  6. Somprang says:

    X kesah la,janji bukan isteri no2 ye x? Haha

    (0)
  7. siotttt says:

    lantak dia lah…yang korang ni bz body kenapa….apa yang diowng nak buat lantak diowng lah…tgk diri sendri dulu nak cakap pasal owng.

    (0)
  8. ahkak puaka says:

    laa kan si macik pihak lelaki sarungkn tu. maybe cincin yg disarungkan oleh bakal tunang Anne tu cincin sbg hadiah ke.

    (0)
    • yoshi says:

      xkisahla cincin tunang ke cincin adiah ke, kan ke bukan muhrim lagi, buatpe nak sibuk2 sarungkan cincin? 1st time aku tengok gamba tunang sama tunang bergambar gaya gitu, macam dah nikah pulak

      (0)
  9. nonok# says:

    Nape la hensem sgt tunang si anne ni..eeemmmmm…..

    (0)
  10. chibi maruko says:

    bercinta dgn org muda, last2 nak kawin dgn org tua, dah jodohlah katakan….

    (0)
  11. zura says:

    setelah dpat jaws..ikan bilis dtggalkan..hikhik..

    (0)
  12. marie says:

    kenapa lelaki y sarung cincin?
    adat br ker?
    hmm bukan mahram pn..

    (0)
  13. ali says:

    orang umno lagi…. macam tak da lain

    mata duitan

    (0)
  14. ish ish ish says:

    aliff aziz tu muda sgt..kang tak pasal2 cerai lagi kali kedua…takpela tak handsome pun, tak susah ann nak menjaganya…tak gitu….semoga perkahwinan kali ni kekal hingga ke akhir hayat…doakanla yg baik2.

    (0)
  15. MamaIman says:

    Sok2 jadi kebiasaan lak lelaki a.k.a tunang dok sarung cincin pada perempuan. Ya Allah… moga ini tidak jadi kebiasaan.

    (0)