berita

Foto : Awal Ashaari Kemalangan, Kereta Remuk Teruk

March 29th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

awal-banner

Berdebar perasaan kami sebaik melihat gambar kereta dipercayai milik Awal Ashaari yang remuk teruk akibat kemalangan.

Menurut Zuan Azmi menerusi laman Instagram miliknya, Awal terlibat dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya PLUS berdekatan R&R Ayer Keroh Melaka arah Selatan.

Difahamkan, Awal dan temannya, Izuan Mokhtar dalam perjalanan untuk siaran langsung Melodi dari Jom Heboh Stadium Ayer Keroh.

Screen Shot 2015-03-29 at 15.07.23

Menurut Izuan, kereta BMW 6 Series itu rosak teruk akibat terbabas ke bahu jalan.

Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas. – Berita Harian

Selepas kemalangan, Awal telah dikejarkan keke Hospital Melaka oleh ambulan dan dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedar diri.

Disebabkan kemalangan itu, tugas Awal di Melodi pada tengah hari tadi telah digalas oleh Penerbit Melodi, Michelle Wee bersama Liza Hot FM.

SKIP THIS AD ×