berita

Foto: Beast, G.Na & 4Minute Pukau Penonton

July 1st, 2013 | by Ai
Kini Trending

K-POP-112

Nampaknya, bulan Jun bukan sahaja menjadi bulan perkahwinan untuk para selebriti, malah Jun juga menyaksikan dua persembahan konsert penyanyi-penyanyi dari Korea menghiburkan peminat di negara kita.

Jika sebelum ini peminat K-Pop di Malaysia dilanda demam G-Dragon, minggu lepas pula giliran Beast, G.Na dan 4Minute untuk menghiburkan para peminat mereka di Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga penghibur yang bernaung di bawah label sama iaitu Cube Entertainment telah memberikan persembahan yang cukup menghiburkan di AIA KPop Concert Live in Kuala Lumpur yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil malam Jumaat yang lepas.

Konsert tertutup anjuran syarikat insurans antarabangsa terkemuka, AIA Bhd itu berjaya menghimpunkan lebih 8,000 penonton bersempena dengan ulangtahun ke-65 syarikat mereka.

Persembahan malam itu dimulakan dengan penampilan penyanyi solo, G.Na  yang agak seksi sambil menyanyi dan menari menerusi lagu ‘Supa Solo’ diikuti dengan lagu ‘2Hot’ kemudiannya.

K-POP-23

Beberapa minit selepas itu, peminat mula menjerit kegembiraan apabila penyanyi rap kumpulan Beast, JunHyung membuat penampilan istimewa ketika G.Na mempersembahkan lagu ‘I’ll Be Off So You Can Live Better’ versi bahasa Inggeris.

G.Na kembali meneruskan persembahan selama setengah jam melalui lagu ‘Banana’, ‘Take A Bow+Rude Boy’, ‘First Kiss’ dan ‘Top Girl’ sambil sesekali berinteraksi dengan peminat menyatakan keterujaannya dapat menjejakkan kaki ke Malaysia lagi.

Keadaan menjadi semakin meriah apabila penonton turut sama menari ketika G.Na menyampaikan lagu ‘Black & White’ sebagai persembahan terakhirnya malam itu.

Selang beberapa minit, muncul pula 4Minute dari belakang tangga di tengah-tengah pentas dan terus memukau peminat dengan lagu terbaru mereka berjudul ‘What’s Your Name?’

K-POP-134

Teruja dengan reaksi peminat yang cukup ‘sporting’, 4Minute meneruskan persembahan dengan lagu ‘Mirror Mirror’, ‘I’m OK’, ‘Huh’, ‘Muzik’, ‘Heart to Heart’ dan ‘Hot Issue’ selama lebih kurang 40 minit.

Suasana di dalam stadium yang dipenuhi dengan suluhan lampu berwarna merah jambu oleh peminat semakin gamat apabila kumpulan yang dinanti-nanti, Beast mengambil alih pentas untuk beberapa jam terakhir.

Kesemua enam anggota Beast terus mendapat perhatian ramai gadis remaja yang hadir saat mereka memulakan persembahan dengan lagu ‘Beautiful Night’.

Dari tepi pentas boleh kedengaran stadium bergema dengan suara jeritan para peminat kerana terlampau teruja melihat penyanyi-penyanyi pujaan mereka secara langsung.

K-POP-173

Walaupun mengalami sedikit masalah dengan mikrofon di awal persembahan, Beast tetap memberikan persembahan terbaik menerusi lagu rancak yang seterusnya seperti ‘Bad Girl’, ‘Shock’, ‘Special’ dan ‘Fiction’.

Beast kemudiannya menyentuh perasaan peminat apabila mereka mempersembahkan lagu berentak balada berjudul ‘On Rainy Days’ dan lagu baru berjudul ‘Will You Be Alright’.

Sepanjang lebih 45 minit membuat persembahan, peminat tak berhenti menyanyi dan menari bersama Beast melalui lagu ‘I Knew It’, ‘Freeze’, ‘Beautiful’ dan akhir sekali ‘V.I.U’ sebelum mereka mengakhiri konsert malam itu.

Di bawah OHBULAN! ada sertakan beberapa keping foto yang sempat dirakam semasa G.Na, 4Minute dan Beast membuat persembahan.

SKIP THIS AD ×