Laman Utama » Berita Terkini

Tahniah lagi OHBULAN! ucapkan terhadap kedua-dua pasangan suami isteri baru, Lisa Surihani & Yusry. Masuk kali ini, entah kali keberapa sudah kami ucapkan perkataan yang sama. Tapi tak apa lah, yang penting mereka bahagia.

1,2,3,4,
5,6,7,8,
Lisa Surihani & Yusry kasi rapat-rapat,
Nanti dapat Baby tahun depan.

Itulah pantun 4 kerat khas dari David Teo yang membuatkan para hadirin ketawa. Sejurus selepas selesainya mereka berdua diijabkabulkan, kehadiran David Teo juga merangkap “bos besar” kepada Lisa Surihani telah menarik perhatian ramai rakan media. Apa tidaknya, perkahwinan Lisa Surihani & Yusry umpama penyatuan dua buah syarikat produksi terbesar di Malaysia, iaitu KRU Studios dan Metrowealth International Group (MIG).

Insan mana tidak rasa bertuah pula kan? Lisa Surihani telah menjadi orang yang paling beruntung sekali selepas dinikahkan, David Teo hadir bersama isterinya dan telah menghadiahkan seutas gelang berlian kepada Lisa Surihani. Yusry turut menerima sekotak kecil hadiah, namun hanya Lisa yang mendedahkan kepada media selepas disuruh David.

Untunglah empunya badan, kepada para peminat semua, mari kita mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua ya!

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.