berita

Foto Emma Maembong & Monyet Dijadikan Bahan Lucah

October 8th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2014-10-07 at 10.36.04 PM

Susah betul apabila dah bergelar selebriti ni. Iyalah, semua gerak geri diperhatikan. Bila ada yang tak kena, hah, mulalah jadi umpatan masyarakat.

Hmm, mesti korang pelik kenapa kami membebel pagi-pagi ni kan? Semuanya kerana foto yang dimuat naik oleh buah hati Zizan Razak, iaitu Emma Maembong.

Screen Shot 2014-10-07 at 10.31.35 PM

Kalau korang nak tahu, semalam, Emma ada berkongsi fotonya bersama monyet peliharaannya bernama Meekataro.

Apabila kami amati, tak adalah kontroversi atau apa-apa yang pelik pada foto tersebut. Tetapi, apa yang buat kami tertanya-tanya adalah mengapa gambar yang sebegitu boleh mengundang komen yang keterlaluan.

Kami pun tak faham di mana salahnya foto tersebut sehinggakan kedudukan monyet yang berada di atas dada Emma pun boleh dijadikan isu. Tak percaya, tengoklah sendiri.

emma

Beginilah, nasihat kami, kan lebih elok jika kita meninggalkan komen yang baik dan sopan pada foto-foto yang dimuat naik oleh selebriti. Mereka juga manusia biasa seperti kita. Tak gitu?

Apapun, kami pasti Emma tak ambil hati. Anggap saja mereka adalah haters atau pervert. Tapi…comel juga monyet Emma ni tau!

Kredit Foto : Instagram Emma Maembong

SKIP THIS AD ×