berita

Foto: Fasha Sandha Bawa Rayfal & Rayqal Bercuti

November 19th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-11-19 at 10.31.05

Bagi yang sering mengikuti perkembangan Fasha Sandha di laman Instagram, pasti anda dapat melihat hubungan akrab antara anak Fasha dan Nora Danish.

Malah, Rayqal atau nama sebenarnya Putra Rayqal Ramli sering sahaja menemani Rayfal dan menghabiskan masa bersama keluarga Fasha jika tidak bersama ibunya.

Dan malam tadi, Fasha ada berkongsi beberapa keping foto percutiannya bersama suami, anak-anak dan keluarganya di Singapura.

Walaupun ini bukan pertama kali Fasha membawa Rayqal bercuti bersama, namun OHBULAN! tertarik dengan kemesraan yang terjalin antara mereka.

Kelihatannya seperti tiada jurang langsung antara anak-beranak tiri ini apabila melihat Rayqal memeluk kaki Fasha sambil bergambar.

Screen Shot 2013-11-19 at 10.31.21

Screen Shot 2013-11-19 at 11.08.19

Malah, dalam foto yang sama juga Fasha memeluk Rayqal seperti anak kandungnya sendiri, manakala Rayfal dikendong di sebelah kirinya.

OHBULAN! pasti ramai peminat Fasha dan Nora Danish yang gembira melihat kebahagiaan keluarga ini. Tidak mustahil jika satu hari nanti, Nora dan Fasha akan bercuti bersama pula. Mana tahu, kan?

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

SKIP THIS AD ×