berita

Foto Fasha Sandha & Ibu Mertua Yang Tersangat Comel

September 29th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2014-09-29 at 10.25.44 AM

Siapa kat sini peminat drama Selamat Pengantin Madu yang ditayangkan di TV3? Kalau ada, pasti korang setuju jika kami katakan bahawa lakonan Fasha Sandha tersangatlah mantap dalam drama tu.

Tapi, hari ni kami bukan nak cerita mengenai lakonan Fasha Sandha. Ni kami nak beri semua pembaca setia OHBULAN! tengok foto terbaru Fasha dan ibu mertuanya. Sweet sangat!

Iyalah, sejak Fasha berkahwin dengan Jejai, banyak sangat berita kurang manis yang kami dengar. Hinggakan ada yang mendakwa hubungan Fasha dan ibu mertuanya bermasalah.

Screen Shot 2014-09-29 at 10.26.06 AM

Nah! ini bukti hubungan mereka okay. Melalui laman Instagram  miliknya, Fasha telah memuat naik foto bersama Raja Noora (ibu mertua) ketika majlis perkahwinan adik iparnya beberapa minggu lepas.

Wah, nampaknya bukan kami je yang teruja, pengikut Fasha juga turut gembira melihat hubungan mesra yang terjalin. Hinggakan ada yang cakap wajah mereka berdua ini seiras. Hehe.

Sedang kami scroll komen-komen dari pengikut Fasha, tersentuh hati kami tatkala membaca komen dari seorang individu yang memberikan pesanan ikhlas buat Fasha dan Jejai.

Screen Shot 2014-09-29 at 10.29.14 AM Screen Shot 2014-09-29 at 10.29.26 AM Screen Shot 2014-09-29 at 10.29.54 AM Screen Shot 2014-09-29 at 10.30.02 AM

Nampaknya, sejak dua menjak ini, Fasha banyak menerima kata-kata positif dari peminat. Baguslah begitu kan? Apapun, jom kita intai sikit foto-foto terbaru mak buyung ini. Enjoy!

Kredit Foto : Instagram Fasha Sandha

SKIP THIS AD ×