Laman Utama » Berita Terkini

Berita mengenai perkahwinan Fasha & Jejai menjadi topik hangat sekitar awal tahun ini berlalu tanpa sebarang update sehingga hari ini. Dalam perkembangan terbaru, Fasha Sandha yang turut ditemani Jejai sedang sibuk berurusan dengan pemilik butik gaun melalui sebuah foto peribadi yang dikongsikan di laman Facebook, Ahad lepas.

Berkemungkinan, Fasha Sandha & Jejai sedang memilih material serta bentuk persalinan yang akan digayakan pada hari persandingan mereka yang masih belum diketahui akan tarikhnya. Atau, spekulasi yang lebih menarik dengan mengaitkan aktres drama ini sedang sibuk menyiapkan diri untuk sebuah majlis anugerah yang akan berlangsung pada April ini.

Cerita perkahwinan mereka memang sering menjadi perhatian peminat. Berbeza dengan selebriti lain, Fasha Sandha tampak terlalu berhati-hati untuk mengumumkan majlis perkahwinannya sehingga ramai orang mula berspekulasi – sama ada perancangan Fasha itu menjadi, atau tidak.

Mengambil kira perkahwinan Lisa – Yusry & Ana Raffali – Aznaim, kedua-dua pasangan ini tidak berteka-teki dengan soal perkahwinan malah dengan rela hati menjemput kesemua media hadir ke majlis perkahwinan mereka. Tidak lupa juga, perkahwinan Lisa – Yusry turut mendapat hak penyiaran eksklusif daripada sebuah televisyen swasta tempatan. Kedua-dua pasangan selamat menjadi suami isteri tanpa sebarang masalah, malah lebih ‘grand’.

Persoalannya, sampai bila Fasha nak berteka teki?

Artikel Berkaitan

  • No related posts.
  • Respon Pengomen Tegar Tersayang

    Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

    Lagi Artikel OHBULAN!

    Jamal Abdillah Pernah Cipta Lagu Mengenai Marijuana