berita

Foto Fizo Omar Selfie Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan Dikritik

December 29th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

fizo omar

Nampaknya, banjir di negeri-negeri Pantai Timur masih tidak pulih sepenuhnya. Prihatin dengan situasi yang semakin meruncing, Fizo Omar turut turun padang membantu mangsa di negeri kelahirannya, Kelantan.

Bagaimanapun, dek kerana ‘kehebatan’ keyboard warrior di laman sosial, aksi Fizo Omar berselfie semasa dalam perjalanan membantu mangsa banjir telah dikritik hebat. Aih, nak beri bantuan pun jadi isu ke?

Nasihat Fizo Omar Kepada Keyboard Warrior

Screen Shot 2014-12-29 at 10.07.59 AM

Salam semua…ramai btol manusia yg hati busuk dan suka judge people sbb video selfie tgh banjir tu.gmbr tu di ambil semata2 utk tunjuk keadaan banjir di kelantan.sory to say ,kita diberikan akal fikiran dan itu membezakan manusia dgn binatang,jgn letakkan diri tu setaraf dgn ….

Xperlu nak postkan semua gmbr tgh bantu mangsa yang terkandas dan tgh bg makanan semua..

Yg dok komen mcm2 tu meh sama2 kita trn ke kelantan ni bg bantuan drpd dok tunjuk tahap kecerdikan dlm fb ni.

Xdpt turun pun berdoa pun jd lah.mgkn hri ni nasib orng lain xbaik.nntah2 esok lusa giliran kita plak n then orng yg kita dok kutuk2 pula dtg tlng bila dlm kesusahan.

Fizo Omar Redah Banjir Naik Jentolak

Screen Shot 2014-12-29 at 10.02.03 AM

Meskipun begitu, usaha murni yang dilakukan oleh Fizo mendapat pujian daripada orang ramai, lebih-lebih lagi ahli keluarga mangsa.

Fizo bersama beberapa orang sukarelawan yang lain dilihat begitu berani mempertaruhkan nyawa mereka meredah banjir demi menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa yang kelaparan.

Video Terkini Keadaan Banjir Di Wakaf Che Yeh

Sumber: Facebook Fizo Omar

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×