berita

Foto : Gaun Seksi Nabila Huda Cetus Kontroversi Lagi!

October 8th, 2012 | by M
Lensa Insta

Nabila Huda menjadi tumpuan lensa kamera apabila tampil berani dengan persalinan gaun hitam yang mendedahkan bahagian abdomennya di atas rainbow carpet Anugerah Blokbuster di Stadium Melawati, Jumaat lepas.

Dia yang hadir bagi menunjukkan sokongan kepada persembahan bapanya, Amy Search cuba menghadang bahagian yang terdedah itu dengan beg clutch, namun akhirnya terpaksa juga akur dengan panahan flash kamera yang tak henti-henti.

Pada kami, gaun hitam yang dipakai oleh pelakon muda ini seakan off-tune kerana lari daripada konsep dan tema Anugerah Blokbuster, iaitu ‘Color Blocking’.

Nabila Huda hanya menggunakan unsur color blocking di bahagian aksesori dan kasutnya. Apa kata anda, Yay or Nay?

 

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×