berita

Foto : Ikhwan Hot FM Bertunang Dengan Pramugari?

April 22nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Ikhwan Hot FM

Menerusi sebuah portal hiburan hari ini, Murai melaporkan dj radio iaitu Ikhwan dari Hot FM dikhabarkan telah pun selamat melangsungkan majlis pertunangannya pada 6 April lepas.

Majlis pertunangan Ikhwan bersama tunangnya, Natasya Nadya diadakan secara kecil-kecilan di Klang tanpa menjemput pihak media. Melalui info dari laman Facebooknya, Natasya merupakan seorang pramugari bagi sebuah syarikat penerbangan tempatan.

Natasya Nadya

Cantik juga tunang Ikhwan ni kan? Dalam diam-diam rupanya pandai juga Ikhwan cari pasangan hidup. Gambar-gambar mereka pun nampak sedondon dan mesra je bersama. Tahu-tahu dah bertunang, dengan pramugari pula tu.

Tahniah Ikhwan, semoga bahagia hingga ke jinjang pelamin ya. Mari lihat beberapa keping lagi foto selepas ini.

Sumber gambar : Facebook Ikhwan & Natasya

SKIP THIS AD ×