berita

Foto : Isteri Aaron Semakin Manis Selepas Bertudung

December 31st, 2013 | by Yusmirnadia | 12 comments
Lensa Insta

Foto : Isteri Aaron Semakin Manis Selepas Bertudung

Lebih kurang seminggu yang lalu, Aaron Aziz pernah berkongsi rasa gembiranya saat isteri tercinta mengambil keputusan untuk berhijrah dan menutup aurat.

Difahamkan, keputusan isterinya, Diyana Halik telah dibuat sebaik sahaja mereka sekeluarga pulang dari bercuti di Hong Kong baru-baru ini.

Tambahan lagi, tindakan Aaron yang sering bercerita tentang hari kiamat menguatkan lagi hati isterinya untuk berubah ke arah kebaikan.

Foto : Isteri Aaron Semakin Manis Selepas Bertudung

Jika sebelum ini Diyana pernah mengatakan belum berkesempatan menyempurnakan imej muslimahnya dek kekurangan tudung, namun ibu kepada tiga orang anak ini dilihat sudah mula membeli tudung-tudung baru untuk dipakainya.

Meskipun hanya bergelar isteri dan pengurus kepada Aaron, namun Diyana sering menjadi perhatian peminat kerana gaya personalitinya yang tersendiri.

Malah, imej bertudung yang dikenakan langsung tidak mencacatkan penampilannya bahkan Diyana kelihatan lebih muda daripada biasa.

Dalam pada itu, OHBULAN! percaya pasti Aaron cukup berbangga dengan perubahan Diyana. Mana tidaknya, kebaikan yang dibuat Diyana sedikit sebanyak memberi kesan positif di dalam hidup dan kerjaya suaminya, betul tak?

Apapun, di bawah ini kami sertakan beberapa keping foto terbaru Diyana yang semakin manis selepas berhijab.

Kredit foto: Instagram Diyana Halik

12 Comments

  1. oshin says:

    alhamdulillah.. cantiknya diana bertudung

    (0)
  2. Usin lempoyang says:

    Sumpah Diana Halik lebih cantik bila bertudung… semua wanita bertudung mmg cantik!

    (0)
    • akulah says:

      Ustazah aku dulu pernah cakap, perempuan bertudung lebih manis rupanya berbanding tidak bertudung. i agree with her. :)

      (0)
  3. Hawa Najrah says:

    suke2 sgt2 tgk diana btudung. Sblm btudung muka diana ni biasa2 aje….skrg nmpk keayuan n natural beuty

    (0)
  4. Audrey Hepburn says:

    Nampak lebih kemas dan respectful. Syabas!

    (0)
  5. kak long kawasan says:

    Kukuikuikui setuju ngan Olga! Cam boyan aje..

    (0)
  6. olga lesbian murtad says:

    Mcm boyan ??? really ?? harap Aeron Aziz cari & saman olga !!! i’ll be de most happiest person on earth , bet ya !!!!

    (0)
  7. miss gebu says:

    Alhamdulillah diana…berubh slow2…anda tlh mringankn dsa yg dtggung suami anda sblm ni…i support u!!p/s: kening jgn cukur lg biarkn je,nti lukis ng pencil liner je…sbb Allah mlaknat wanita yg mcukur keningnye dgn sngaja mlainkn darurat dan ats fktor kesihatan dan kslmtn

    (0)
  8. pak mat says:

    x semua pmpuan btudung baik!! masuk club bukak tudung apa celita!!!!!

    (0)
  9. akuanakmelaka says:

    pak mat n olga, seyes jumpa malam ni nak? lancap ar..

    (0)