berita

Foto : Izzue Islam Bakal Nikahi Pengurus Jun Ini

May 3rd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-05-03 at 8.55.48 AM

Dalam diam-diam, rupanya pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik ini bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi.

Menerusi laporan Media Hiburan hari ini, Izzue Islam disahkan bakal bernikah dengan teman wanitanya iaitu Awin Nurin yang juga merupakan pengurusnya. Izzue mendedahkan bahawa majlis persandingannya bersama bakal isteri akan turut diadakan serentak dengan majlis pernikahannya pada 2 Jun ini.

Jika dilihat pada tarikh lahir Izzue, tarikh pernikahannya ini sebenarnya jatuh pada hari lahirnya yang ke 23. Izzue turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan mereka sebelum ini.

Screen Shot 2013-05-03 at 8.55.26 AM

Inilah bakal isteri Izzue Islam, Awin Nurin.

“Ketika gosip itu tersebar,saya tidak mengiyakan dan menidakkan kerana ketika itu semuanya masih belum pasti dan apabila kami sama-sama mengambil keputusan untuk bernikah,barulah saya mula bercerita.”

Wahhh. Tahniah pada Awin Nurin yang berjaya memikat hati jejaka kacak ini. Semoga berbahagia ke anak cucu ya!

SKIP THIS AD ×