berita

Foto : Jehan Miskin & Isteri Bulan Madu Di Pulau Misteri

September 6th, 2013 | by Noraini Nasir | 14 comments
Lensa Insta

Foto : Jehan Miskin & Isteri Bulan Madu Di Pulau Misteri

Rasanya sudah hampir empat bulan pelakon dan pengarah terkenal, Jehan Miskin melangsungkan perkahwinan dengan isteri tercinta, Julie Camelia Rhee.

Artikel Berkaitan :

Namun begitu, mungkin baru kali ini mereka berpeluang untuk  pergi berbulan madu, memandangkan Jehan sebelum ini sibuk dengan drama arahan pertamanya berjudul What If yang disiarkan di 8TV.

Foto : Jehan Miskin & Isteri Bulan Madu Di Pulau Misteri

Beberapa jam lalu, Jehan dilihat begitu aktif berkongsi beberapa foto romantisnya bersama isteri tercinta dan mereka seolah-olah sedang berada di sebuah destinasi peranginan yang terletak berhampiran dengan kawasan pantai.

Menerusi laman sosial aktor tersebut, nampaknya Jehan seolah-olah ingin merahsiakan destinasi sebenar bulan madu mereka dengan memaklumkan bahawa, dia dan isteri hanya bercuti di sebuah pulau misteri dan tidak menjelaskan dengan tepat di manakah destinasi sebenar pulau tersebut.

Foto : Jehan Miskin & Isteri Bulan Madu Di Pulau Misteri

Tidak kisahlah walau di mana sahaja destinasi bulan madu aktor kacak ini, diharapkan semoga Jehan dan isteri akan bergembira di sana.

Untuk pengetahuan anda semua Jehan dan Julie telah melangsungkan pernikahan pada 4 Mei lalu di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Sementara mereka sedang seronok bercuti, apa kata kita layan dulu beberapa foto romantis mereka selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Jehan Miskin

14 Comments

  1. Julie says:

    Ni dekat Korea!! Boys over flower pernah shoot dekat sini!! Mygadddd :0

    (0)
  2. Rin says:

    Ye lah. Looks macam scene dalam BOF. But this island is not in Korea. It’s a place called New Caledonia.

    (0)
  3. Duh! says:

    It’s Maldives la…

    (0)
  4. Aaron Kwok says:

    Ini dekat Maldives!! tempat ni memang top 10 pulau tercantik di dunia!! teringin sgtt den nak poiee

    (0)
  5. chibi maruko says:

    sweet nya couple ni, jehan lepas kahwin ni nampak berisi, perut pun mcm dah boroi..

    (0)
  6. Jehan Kaya says:

    sombong

    (0)
  7. Kerani says:

    Kapalai

    (0)
  8. Usin Lempoyang says:

    Macam Mabul Island pon ada… tempat aku g scuba dulu…

    (0)
  9. penyampah olga says:

    Olga…mulut kau mcm SIAL kan….muka ko tu lawa sgt ke wei….

    (0)
  10. Pulau Angsa says:

    Kapalai di Semporna, Sabah. aku dah sampai tempat ni.

    (0)
  11. olga is alga says:

    mulut olga macm gampang….

    (0)
  12. pencinta wanita says:

    Xbaik ko ni OLGA dah jodoh dia dpt pempuan korea ok la 2 ada gak org luar yg nk kt org Malaysia ni kan ko ada? hahahahaha….

    (0)