berita

Foto : Majlis Cukur Jambul & Aqiqah Anak Yasmin Hani

December 30th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-12-29 at 20.43.15

Sudah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri yang baru menyambut kelahiran bayi untuk mengadakan majlis cukur jambul atau aqiqah.

Selain bertujuan untuk memperkenalkan anak kepada saudara-mara dan kenalan, majlis seumpama ini juga dipercayai sebagai salah satu cara bagi menzahirkan kesyukuran di atas kelahiran cahaya mata.

Biar apapun tujuannya, Yasmin Hani juga dilihat tidak melepaskan peluang untuk mengadakan kedua-dua majlis tersebut pada 28 Disember 2013 iaitu hari Sabtu lepas.

Majlis yang diadakan di Kuala Selangor iaitu kampung halaman Hani itu dirai penuh tradisi sambil diiringi alunan marhaban jemputan ibunya.

Screen Shot 2013-12-29 at 20.41.44

Walaupun diadakan penuh sederhana, namun kemeriahannya dapat dilihat dari riak wajah Hani dan suami yang teruja saat pertama kali mencukur jambul anak sulung mereka.

Malah hiasan buaian berendoi berlatarkan warna biru pilihan pasangan ini juga kelihatan cukup cantik dan menyempurnakan lagi suasana ceria pada majlis berkenaan.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh Hani di laman Instagram, kelihatan ramai kenalan terdekatnya turut sama hadir termasuklah Aisyah Sinclair.

Buat pembaca-pembaca OHBULAN!, mari luangkan sedikit masa dengan melihat beberapa keping foto Yasmin Hani dan anaknya sekitar upacara tersebut di bawah ini.

Kredit foto: Instagram Yasmin Hani

SKIP THIS AD ×